Setulus Ikhlas 2019 Padat Dengan Program Menarik Sepanjang Ramadan & Raya. Memang Meriah!
Macam-macam ada.
Bersyukur sudah, berterima kasih juga sudah… tetapi, apalah erti kesyukuran dan ungkapan terima kasih tanpa hati yang ikhlas
Bagi tahun 2019, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Samsung bekerjasama mempersembahkan 'Setulus Ikhlas' yang diaktifkan oleh 100PLUS sebagai tema baharu bagi kempen Ramadan Raya tahun ini.
'Syukur Selalu' mendidik kita untuk sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima, 'Terima Kasih' pula menekankan kepentingan untuk berterima kasih bagi memupuk kasih sayang dan keharmonian. Kali ini, kempen 'Setulus Ikhlas' pula ingin menanamkan pentingnya untuk melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan.
Barisan duta dan wajah Setulus Ikhlas 2019
Saban tahun penonton ingin mengetahui siapakah yang bakal menjadi wajah penghias kempen Ramadan Raya di MPTN. Bagi tahun ini, mewakili kempen Setulus Ikhlas, Aeril Zafrel, Syafiq Kyle, Wawa Zainal, Zara Zya, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Mimi Lana, Mira Filzah, dan Hairul Azreen bakal menggalas tugas sebagai duta kempen ini.
Mereka bakal memainkan peranan penting sebagai wajah kempen Setulus Ikhlas di kaca TV, media sosial, papan iklan dan pesanan khidmat masyarakat di MPTN dan juga acara padang yang bakal berlangsung sepanjang kempen ini.
Program Ramadan Raya
Perkara yang paling dinantikan saban tahun menjelang Ramadan dan Syawal ialah barisan program menarik yang bakal disediakan oleh MPTN. Antara barisan program menarik yang bakal disajikan sempena Ramadan Raya ialah program signature Raudhah, bual bicara dan gaya hidup seperti Jejak Rasul Ulul Azmi, Jom Berbuka, Sembang Sahur dan banyak lagi.
Selain itu, program bual bicara yang bakal memberi info-info menarik di pagi Raya dan sepanjang musim perayaan ini ialah Borak Kopitiam Raya, Malaysia Hari Ini Raya, Raya Di Penjara, Wanita Hari Ini Raya dan Tanyalah Ustaz Setulus Ikhlas.
Manakala bagi drama bersiri menarik menerusi slot Akasia, Iris, Lestary, Samarinda dan telefilem istimewa Ramadan Raya juga bakal dibarisi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Nad Zainal, Zara Zya, Alif Satar, Janna Nick, Shukri Yahaya, Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Saharul Ridzwan dan ramai lagi pasti tidak akan mengecewakan para penonton.
Drama-drama rantaian hangat seperti Pia, Ikhtibar, Ajak Oh Ijal, 30 Pesanan Suara, Cari Aku Di Syurga dan Diari Ramadan Rafique Reunion bakal disajikan. Bukan itu sahaja, seleksi Telefilem Ramadan juga ada seperti Anak Syurga, Terima Kasih Ibu, Maaf Dari Khilaf, Cinta Sesungguhnya, Sinar Ramadan Untuk Amanda, Geng Van Jenazah, Tiga Lima, Masihkah Ada Raya Buatku, Ayyad Aisyah.
Program hiburan Raya
Antara program hiburan yang bakal memeriahkan hari raya korang pada tahun ini ialah Drop The Beat Extra, J.K.K Raya 2019, Senang Terhibur Extra, Melodi Raya Genting, BBB Extra Raya, Muzik-Muzik Raya. Manakala untuk drama rantaian dan telefilem istimewa sempena raya kali ini adalah Aku Tak Raya, Raya Kali Ini, Syawal Untuk Semah, Pujaan Hati Kanda Raya, Samad Tedung, Batik Zakiah, Hantu Don, Derita Pia, Wakaf Dosa, Dosa Yang Tak Diiktiraf.
Bukan itu saja, filem-filem blockbuster dari dalam Malaysia sehinggalah ke filem blockbuster antarabangsa Mael Lambong, J Revolusi, Pulang, Bahubali The Beginning, Tomorrowland, Boiboiboy The Movie, Dangal, KL Gangster, KL Gangster 2, Abang Long Fadhil, Avengers Age of Ultron, Bahubali Conclusion dan Riddick bakal menyemarakkan lagi sambutan Syawal kali ini.
Acara padang Setulus Ikhlas
Tidak lengkap kempen tanpa acara padang yang menjadi signature setiap kali tibanya Ramadan. Pada tahun ini, MPTN tampil dengan dua acara padang itu Grand Bazar Ramadan Raya dan Check-in Kampung. Tujuan dua acara padang ini diadakan bukan sekadar untuk mempromosikan program-program di MPTN, malah program sebegini memberi peluang untuk MPTN merasa lebih dekat lagi dengan penonton dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan MPTN dan masyarakat.
Antara acara padang yang akan dianjurkan ialah:
- Grand Bazar Ramadan Raya
- Check-in Kampung!
- Seratus Ikhlas, Setulus 100PLUS
Hangatkan lagi perbualan di platform media sosial anda dengan hashtag #SetulusIkhlas sepanjang Ramadan dan Hari Raya nanti!