Sanggup Datang Dari Jauh Sebab Nak Surprise Kawan, Reaksi Pengantin Ini Pula Curi Tumpuan
Mesti dia betul-betul tak expect kawan dia nak datang.
Majlis persandingan merupakan momen di mana pasangan pengantin diraikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan
Waktu inilah mereka mengharapkan setiap tetamu yang dijemput hadir ke majlis untuk mengucapkan tahniah serta bergambar sebagai kenangan.
Namun, ada juga yang tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu seperti lokasi yang terlalu jauh, keadaan cuaca dan sebagainya.
Berbeza pula dengan sebuah video viral ini apabila reaksi pasangan pengantin terkejut melihat kawan mereka tiba-tiba hadir di majlis persandingan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak sangka nak buat surprise, dua-dua pengantin terkejut nampak kawan datang kenduri kahwin
Menerusi perkongsian video daripada @_eikarzk, kelihatan pasangan pengantin itu sedang berarak berjalan menuju ke pelamin mereka.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila pengantin perempuan itu ternampak si perakam yang merupakan kawan mereka datang dari jauh.
Kedua-dua suami isteri itu tidak sangka dengan kehadiran kawan mereka itu kerana pada mulanya dia memberitahu tidak dapat datang.
Image via @_eikarzk (TikTok)
"Dia macam nak stop lepak setable tu hahaha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mencecah 2.1M views, 128.6K likes dan 717 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi spontan pengantin perempuan itu yang sangat terkejut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @_eikarzk (TikTok)
Image via @_eikarzk (TikTok)
Image via @_eikarzk (TikTok)
Reaksi paling priceless! Mesti dia happy sangat tu :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment