Sarah Ismail Ramal 3 Peserta Calpis Soda OIAM Mungkin Berdepan Cabaran Besar Minggu Depan
Siapa tiga peserta yang Cikgu Sarah maksudkan itu ya?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Minggu ketiga Calpis Soda One In A Million (OIAM) menyaksikan cabaran besar buat para peserta apabila mereka diberi tugasan lagu yang jauh daripada forte mereka
Guru vokal, Sarah Ismail meramal tiga peserta iaitu Kai Deva, Rezza Shah dan Zazzleen mungkin berhadapan cabaran lebih besar pada minggu akan datang.
"Mereka ini kebanyakan adalah penyanyi ballad yang hebat, tetapi kali ini diberikan lagu catchy dan fast yang langsung bukan kekuatan mereka. Malah, beberapa peserta berdepan dengan lagu yang mereka sendiri tidak familiar.
"Sejujurnya, saya tak happy, walaupun rehearsal nampak sempurna, live konsert mendedahkan kelemahan mereka," katanya.
Image via TV3 Malaysia
Sebagai guru vokal yang mengangkat para peserta dari sesi uji bakat, Sarah meminta semua pihak jangan meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi terhadap mereka
"Orang ingat penyanyi yang bagus ini diberikan lagu apa pun boleh sampaikan dengan sempurna, tapi tidak. Mereka bukan sahaja perlu berlatih menyanyi, namun mereka juga harus melengkapkan keseluruhan persembahan termasuklah menari. Mereka ini masih baharu dalam bidang ini jadi saya harus mendidik sebaik mungkin," katanya lagi.
Minggu ini juga menyaksikan drama yang mengejutkan apabila Sarah menegur Rezza Shah dengan tegas.
"Masa top 20, kita fight untuk awak, tapi bila dah masuk, gaya macam tak nak," katanya.
Isu disiplin menjadi punca Sarah marah apabila Rezza datang lambat, tidak hadir sesi warming up dan tidak membawa keperluan kelas. Namun, selepas teguran keras itu, Rezza menunjukkan peningkatan drastik.
"Kadang-kadang saya kena buat begitu untuk buka mata mereka. Disiplin adalah nombor satu kalau nak bergelar One in a Million," tegasnya.
Image via googleapis.com
Sarah tidak menafikan tugasan minggu keempat bakal menjadi mimpi ngeri buat peserta
"Tema minggu keempat adalah Sinergi Muzik iaitu lagu gabungan ini bukan mudah. Lagu-lagu ini kena berkawan, kena jadi harmoni. Tugasan ini memerlukan peserta memahami struktur lagu dengan mendalam agar dapat mencipta persembahan yang bermakna," jelasnya.
Beliau juga ada menyebut beberapa nama yang mungkin berdepan berdepan cabaran besar untuk mengekalkan keserasian lagu-lagu gabungan mereka dan antaranya adalah Kai Deva, Rezza, dan Zazzleen.
Image via TV3 Malaysia
Image via TV3 Malaysia
Jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert mingguan Calpis Soda OIAM setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3!
Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million.
Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!
Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment