seismik

Rakyat Indonesia Kagum Dengan Sikap Pemandu Di Malaysia - "Patutlah Jadi Negara Maju"

Apa-apa pun, memandu mesti berhemah kan?

Cover image via @jaenikurniadi (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda pernah berkunjung ke Indonesia, sudah tentu anda familiar dengan jalan raya mereka yang sering sesak bukan?

Kalau di sana, mereka panggil 'macet'. Memang boleh buat hilang sabar kalau menghadap jalan raya sesak di sana.

Baru-baru ini, seorang rakyat Indonesia memuji sikap pemandu di Malaysia yang lebih berhemah jika dibandingkan dengan pemandu di negara mereka.

Menurut lelaki berkenaan, dia melihat sendiri sikap pemandu di Malaysia semasa dia berada di negara ini.

"Sedikit cerita roadtrip di Malaysia kelmarin. Gaya pemanduan di Malaysia jauh berbeza sama di sini. Hampir semua kereta bergerak dengan teratur,"
katanya.

Menurutnya lagi, kebanyakan pemandu Malaysia tak jadi lane-hogger di lorong sebelah kanan

Pemandu di Malaysia juga dilihat sabar berada di belakang lori yang memandu secara perlahan ketika berada di jalan double line.

Dia juga berkata pemandu di negara ini juga tidak mengambil kesempatan dengan memotong menggunakan laluan bertentangan walaupun tiada kenderaan lain dari arah tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: