Bekas Banduan Dedah Najib Dapat Layanan Istimewa Di Penjara, PU Azman Selalu Beri Tazkirah
Menurutnya, sel Najib juga tidak sama dengan banduan-banduan lain.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang bekas banduan berkongsi pengalamannya menjalani hukuman di Penjara Kajang yang turut menempatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga pendakwah selebriti, PU Azman
Menerusi video yang dimuat naik oleh @im_hin_othman di TikTok, lelaki yang tidak didedahkan nama dan tempat tinggal itu mendakwa Datuk Seri Najib mendapat layanan istimewa berbanding banduan lain yang berada di sana.
"Kita kat dalam tu semua macam member-member. Najib dia special kita panggil dia bosku. Dia punya special tempat tinggal lain dengan kita, dia punya sel sendiri-sendiri dan dalam tu pun tidak sama macam kita.
"Sel kita macam biasa. Macam Najib ni dia ada basikal senam, ada komputer dan dia special boleh keluar masuk. Kita selalu nampak dia keluar masuk mungkin pergi mahkamah naik kereta. Kita pun tidak anggap pelik sebab kes Najib orang kenamaan," katanya.
PU Azman pula sering menyampaikan tazkirah kepada banduan-banduan di penjara
Menurut bekas banduan yang menjalani hukuman selama empat bulan di penjara itu juga, turut ditempatkan di lokasi sama ialah bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman.
Difahamkan, hampir setiap hari PU Azman menyampaikan tazkirah yang digambarkan seakan-akan berada di dalam studio.
"PU Azman sporting, hari-hari bagi tazkirah macam kat dalam studio. Kita kat sana tercengang tengok. Seronok la artis, kat sana kita macam member-member. Tidak kiralah kamu menteri ke, tukang cuci ke, semua sama," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!