seismik

Rakyat Malaysia Kini Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass Untuk Imbas Kod QR Di KLIA

Lagi senang kalau ada aplikasi macam ini.

Cover image via The Star & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mulai tahun ini, pelancong warganegara Malaysia perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftar maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Menurut laporan Berita Harian, Jabatan Imigresen berkata, selepas aplikasi berkenaan dimuat turun, pengembara perlu mengesahkan wajah bagi proses pengesahan sebelum memulakan perjalanan atau ketika ketibaan.

"Ia pengalaman baharu semua rakyat Malaysia bermula Januari tahun ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah melancarkan sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR di KLIA khusus buat warganegara Malaysia," katanya.

Pada Rabu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan kod QR khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2.

Image via Sinar Harian

Antara kelebihan penggunaan kod QR ialah tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil masa singkat iaitu antara lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional

Difahamkan, penggunaan kod QR di balai ketibaan dan balai pelepasan KLIA T1 dan KLIA T2 itu adalah langkah penyelesaian terhadap isu kesesakan yang sering berlaku di pintu masuk negara terutama pada waktu puncak serta musim perayaan.

Jabatan Imigresen dilaporkan memberi jaminan pelaksanaan pembaharuan kemudahan pintu automatik atau autogate menggunakan sistem kod QR di KLIA tidak akan menjejaskan keselamatan, khususnya berhubung pelepasan warga asing masuk ke dalam negara.

Image via The Star

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: