seismik

Suami Terlampau Manjakan Anak Umur 6 Tahun Sampai Biadap & Jadi Punca Keguguran Si Isteri

Sepatutnya ayah yang kena ajar anak untuk hormat ibu sendiri.

Cover image via Motherhood

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Figura seorang bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak, terutamanya dari segi hormat kepada orang tua

Hal ini kerana ayah merupakan insan paling rapat dengan anak dan menjadi contoh terdekat untuk memastikan mereka membesar menjadi seseorang manusia berguna.

Namun, baru-baru ini tular sebuah kisah di laman X mengenai seorang wanita meluahkan rasa kesal kerana anaknya yang berusia enam tahun bersikap biadap gara-gara terlalu dimanjakan oleh si ayah.

Anak jadi kuat mengamuk dan biadap sebab terlebih manja dengan ayah dan punca ibu keguguran

Apa yang lebih memilukan adalah kandungannya gugur disebabkan si anak tendang kerusi di dalam kereta. Namun, suaminya bersikap acuh tak acuh dan tidak mahu menolongnya semasa berpantang.

Menurut wanita berkenaan juga, suaminya suka memanjakan anak dan membeli apa saja kemahuannya. Suaminya juga merupakan seorang yang panas baran dan sering memarahinya sehingga si anak terikut-ikut.

"Aku sampai terfikir nak cerai lepas tu bagi hak jagaan sepenuhnya dekat suami. Aku muak dengan semua.

"Aku buat-buat jentik telinga tak kena betul-betul pun dah hampir nak kena sepak dengan husband.

"Macam mana anak nak respect aku kalau dari kecil memang ayah dia manja serupa tak ada hari esok," luahnya.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: