seismik

Visit Malaysia 2026 Tampil Dengan Logo Baharu, 'Beruang Matahari' Dipilih Jadi Maskot!

Ikon kempen itu didedahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026.

Cover image via Kosmo! & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) telah berlangsung di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini, 6 Januari 2025

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut laporan Kosmo!, 'Beruang Matahari' dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen VM2026.

Lebih menarik, watak Wira (beruang jantan) dan Manja (beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan lagi kempen itu.

Image via Kosmo!

Beruang Matahari dipilih kerana ia merupakan spesies beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia

Difahamkan, watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Pada majlis yang sama, PMX turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: