Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Satu Tanah Mendap Dilaporkan Terjadi Berdekatan Di Kompleks Bunga Raya KLIA Hari Ini

Difahamkan, kerja-kerja baik pulih akan dilaksana petang ini.

Cover image via @anthraxxx781 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi tadi

Difahamkan, anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.

Menurut laporan Utusan, punca sebenar kejadian tanah mendap yang berlaku itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia Airport Berhad (MAHB).

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at, ini kerana kawasan terlibat adalah di bawah seliaan MAHB.

Image via @anthraxxx781 (X)

Image via @anthraxxx781 (X)

Sebagai tindakan segera, kerja-kerja penilaian dan pembaikan tanah mendap itu akan dimulakan petang ini sebaik saja peralatan dan jentera-jentera tiba

"Kawasan ini di bawah seliaan MAHB, mereka pun sudah tahu isu ini dan sudah membuat pemeriksaan pagi tadi.

"Jadi petang ini mereka akan bertindak untuk menilai dan memeriksa apa punca sebenar kejadian dan mendapatkan solusi bagi pembaikan akan datang," katanya.

Pemeriksaan mendapati terdapat satu 'manhole' kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tiada sebarang kecederaan dan kerosakan dilaporkan berlaku. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Pada masa sama, laluan ke Kompleks Bunga Raya ditutup sepenuhnya untuk memastikan keselamatan orang ramai.

"Berapa lama tutup laluan itu bergantung kepada penilaian mengenai kerosakan yang berlaku. Kalau rosaknya permukaan sahaja, sekejap sahaja.

"Sekiranya ada kerosakan lain, mestilah akan ambil masa lebih," katanya lagi.

Image via @anthraxxx781 (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment