"Saya Takkan Diam Lagi" - Banyak Kali Terima Ugutan, Kim Seri Pernah Cuba Terjun Bangunan
Menurutnya, semua produk yang direview juga telah diboikot orang ramai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh, Kim Seri telah memuat naik beberapa IG story mengenai apa yang terjadi kepada dirinya baru-baru ini
Menurutnya, dia telah mencuba sedaya-upaya untuk membayar semula hutang kepada semua pelanggan yang tertipu dengan pakej pelancongannya sebelum ini.
Namun begitu, Kim Seri meluahkan rasa buntu apabila usahanya diganggu oleh beberapa individu yang mengugut untuk boikot semua produk yang dia review.
Malah, dia tidak mahu membuat live di TikTok buat masa sekarang kerana tidak mahu pihak lain turut terbabit dan terkena tempias atas kesalahannya sendiri.
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Pernah putus asa untuk terus hidup, takkan berdiam diri lagi dan akan lapor polis jika terima ugutan
Kim Seri juga mendedahkan bahawa dia pernah cuba untuk terjun bangunan dari tingkat 5 kerana hampir putus asa dengan hidupnya. Namun, polis di Korea sempat menyelamatkannya.
"Jadi, dengan itu saya memilih untuk posting benda-benda yang tenang dan santai. Untuk menenangkan dan menasihatkan hati sendiri juga bahawa hadapi semua ujian dan jangan putus asa," katanya.
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment