SAYS Lancar Kempen 'The Pink Ribbon', Fokus Tingkatkan Kesedaran Mengenai Kanser Payudara
SAYS akan berkongsi pelbagai kisah inspirasi melalui satu siri artikel dan video daripada bekas pesakit kanser payudara di Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara, platform digital Media Prima, SAYS baru-baru ini melancarkan kempen 'The Pink Ribbon' bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara
Image via The Pink Ribbon via SAYS
Ia dianjurkan bagi memberikan maklumat, inspirasi serta sokongan kepada masyarakat memandangkan kanser payudara adalah salah satu kanser paling kerap berlaku dalam kalangan wanita Malaysia.
Statistik daripada Jabatan Pendaftaran Kanser Kebangsaan menunjukkan bahawa satu daripada 19 wanita di negara ini disahkan menghidap kanser payudara dan lebih 8,000 kes baru kanser payudara direkodkan setiap tahun, mewakili kira-kira 35 peratus daripada semua kanser yang menjejaskan wanita Malaysia.
Ia jelas menggambarkan betapa pentingnya usaha dalam menggalakkan pemeriksaan awal serta mendapatkan rawatan yang tepat.
Beri maklumat dan informasi melalui pelbagai kisah inspirasi
Sepanjang kempen ini berlangsung, SAYS akan berkongsi pelbagai kisah inspirasi melalui satu siri artikel dan video daripada bekas pesakit kanser payudara di Malaysia.
Antara topik yang bakal diketengahkan termasuk perkongsian perjalanan peribadi bekas pesakit kanser payudara dan cabaran yang dihadapi, penjelasan mengenai kanser payudara, sumber bantuan kewangan serta panduan pengesanan awal.
Selain itu, platform digital ini juga akan menampilkan temu bual bersama pakar perubatan bagi menyediakan maklumat mengenai kanser payudara serta panduan bagi pemeriksaan kendiri, pilihan rawatan serta dan sistem sokongan bagi individu serta keluarga yang terkesan oleh kanser payudara.
Image via The Pink Ribbon via SAYS
Ketua Kandungan SAYS, Gowri Chitra Martin berkata, terdapat pelbagai mitos dan salah faham yang timbul mengenai kanser payudara.
"Justeru melalui kempen ini, kami ingin membetulkan persepsi yang salah dan menggalakkan wanita untuk melakukan pemeriksaan kendiri secara berkala.
"Perkongsian daripada bekas pesakit dapat memberi inspirasi dan kekuatan kepada mereka yang sedang berjuang dengan penyakit ini," katanya.
Image via The Pink Ribbon via SAYS
Gowri berkata, SAYS turut bekerjasama dengan beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) dan institusi kesihatan seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Pusat Perubatan Sunway, Pusat Kanser Sunway dan Hospital Pantai Kuala Lumpur bagi memastikan kempen ini mencapai impak yang lebih besar
"Kami berharap dengan kerjasama ini, kita dapat menyediakan sumber yang komprehensif dan tepat kepada masyarakat," kongsinya.
Untuk maklumat terkini mengenai kempen 'The Pink Ribbon', layari laman sesawang says.com/thepinkribbon hari ini!
Image via The Pink Ribbon via SAYS
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment