Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

86% Pekerja Malaysia Pilih Masuk Ofis 3 Kali Seminggu, 39% Mahu Berhenti Jika Diminta 'OT'

Satu dalam 10 responden memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai polisi bekerja secara fleksibel.

Cover image via suaramerdeka.com

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam satu tinjauan yang dibuat pada 23 Oktober hingga 1 November lalu, dapatan menunjukkan sebanyak 86 peratus di Malaysia memilih untuk masuk ke pejabat cuma 3 hari dalam seminggu

Image via @EkonomiRakyatMY (X)

Tinjauan Workmonitor 2024 yang dibuat oleh Randstad Malaysia melibatkan seramai 517 pekerja tersebut menunjukkan sebanyak 39 peratus pekerja berfikir akan berhenti seandainya majikan meminta mereka untuk menghabiskan lebih banyak masa bekerja di pejabat.

Menurut sumber, dalam tinjauan itu juga mendapati dua daripada lima rakyat negara ini sanggup berhenti sekiranya diminta bekerja lebih kerap di pejabat.

"Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.

"Dua daripada lima responden berkata mereka melakukan perubahan hidup seperti berpindah atau mempunyai haiwan peliharaan dan menjangkakan kerja fleksibel diteruskan selepas pandemik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati satu daripada dua responden memberitahu bahawa majikan memperkenalkan polisi wajib bekerja lima hari di pejabat

Kemudian, satu dalam 10 responden memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai polisi bekerja secara fleksibel.

52 peratus rakyat Malaysia tidak akan menerima pekerjaan sekiranya syarikat tidak proaktif dalam meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti melalui dapatan dalam tinjauan yang sama.

Peratusan ini adalah gabungan daripada 59 peratus Gen Z dan 54 peratus Milenium yang berpendapat dua perkara tersebut adalah sangat penting.

Image via orangkata.my

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca LAGI:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment