seismik

Penyerang Cuba Simbah Asid Ke Muka Faisal Halim & Sempat Berkata 'Good Luck' - Saksi

Difahamkan, Faisal Halim kini sudah dipindahkan ke hospital sekitar kawasan Shah Alam.

Cover image via @ssfc_sel (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak sampai seminggu selepas insiden pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun, satu lagi insiden mengejutkan terjadi dengan seorang lagi pemain kebangsaan, Faisal Halim menjadi mangsa terbaharu

Menerusi maklumat dan gambar yang tular di laman media sosial, pemain yang dinobat sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di ibu negara petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, "Individu itu memang sasarkan muka Faisal tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia."

Demikian reaksi sumber dalam nada amat sedih dan begitu kecewa selepas apa yang terjadi kepada pemain kebangsaan itu yang menjadi mangsa disimbah asid sehingga mengalami kecederaan agak teruk di sekitar bahagian belakang badannya.

Jelas sumber, apa yang terjadi kepada Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu sudah pasti akan memberi kesan amat besar kepada kesihatan mentalnya untuk kembali bangkit daripada episod hitam berkenaan.

Faisal Halim dilaporkan disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Image via Media Sosial

Namun katanya, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah sekiranya simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak Faisal yang masih kecil.

"Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

"Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal itu.

"Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap 'good luck' sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri," kata sumber itu.

Faisal kini dipindahkan ke hospital di sekitar Shah Alam

Pada awalnya, Faisal menerima rawatan di salah sebuah hospital di Damansara bagi merawat kecederaan dialaminya sebelum dia dipindahkan ke di sekitar Shah Alam.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin

Image via NSTP/AMIRUL FAZLI ZULKAFLI

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui media malam tadi memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar untuk memastikan Faisal berada dalam keadaan sihat dan menerima rawatan terbaik agar tiada kecederaan serius menimpa dirinya.

"Setelah berbincang tadi dengan (Datuk Seri) Shahril, kita berharap rawatan secepat mungkin diambil (jika perlu pembedahan).

"Pembedahan secepat mungkin perlu diambil Faisal dan kita akan memastikan doktor terbaik merawat Faisal," katanya selepas melawat Faisal Halim di sebuah hospital di sekitar kawasan Damansara.

Sebagai rekod, dalam kejadian petang semalam, Faisal menjadi mangsa disimbah asid oleh individu tidak dikenali selepas bermain go-kart di sebuah pusat beli-belah terkenal.

Khamis lalu, seorang lagi rakan sepasukan Harimau Malaya, Akhyar Rashid dipukul dan disamun sehingga menerima jahitan di kepala serta kaki selain mengalami kerugian RM4,800 apabila telefon bimbit dan dompet dilarikan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: