[RASMI] Newcastle United Kini Sah Jadi Kelab Bola Sepak 'Terkaya' Di Dunia
Berita gembira buat penyokong The Magpies.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Teka teki berhubung rancangan pengambilalihan Newcastle United yang diketuai kumpulan pelaburan dari Arab Saudi, Public Investment Fund (PIF) bersama PCP Capital Partners LLP dan RB Sports & Media akhirnya memberikan khabar gembira
Ianya selepas usaha pemerolehan 100 peratus saham kelab tersebut berjaya direalisasikan.
Perkembangan terbaharu itu disahkan laman sesawang rasmi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut yang mendedahkan segala kelulusan diperlukan telah diperoleh dari Premier League, semalam.
Persetujuan yang telah dicapai ini menandakan bahawa Newcastle United yang sebelum ini dipegang Mike Ashley kini telah bertukar milikan kepada pemilik baharu.
Ia sekali gus menamatkan penantian cukup panjang panjang buat PIF, PCP Capital dan RB Sports & Media yang sudah sekian lama berminat untuk memiliki Newcastle United.
Tuan Yang Terutama Yasir Al-Rumayyan secara rasmi bertindak selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Newcastle United
Dengan pemilikan tersebut dan PIF merupakan pemegang saham majoriti, Tuan Yang Terutama Yasir Al-Rumayyan yang merupakan Gabenor PIF secara rasmi kini bertindak selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Newcastle United.
Mengulas mengenai pengambilalihan daripada Mike Ashley yang bernilai £300 juta sekali gus menjadikan The Magpies sebagai kelab terkaya di dunia itu, Yasir Al-Rumayyan meluahkan kegembiraannya berhubung kejayaan tersebut.
“Saya sangat berbangga dapat menjadi pemilik baharu kepada Newcastle United, salah sebuah pasukan terkenal dalam bola sepak Inggeris.”
“Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Newcastle United atas sokongan mereka yang setia selama bertahun-tahun dan kami gembira untuk bekerja bersama mereka.” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCP Capital Partners, Amanda Staveley akan berada dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah kelab tersebut dan Jamie Reuben, seorang jutawan yang mewakili RB Sports & Media juga akan memegang jawatan pengarah.
Beratus-ratus peminat meraikan perkara itu di Newcastle St James Park dengan suar ketika kepimpinan Mike Ashley berakhir
Bekas penyerang Newcastle dan England, Alan Shearer dalam tweetnya menulis "Yesssssssss. Kami boleh berharap lagi sementara seorang lagi bekas penyerang, Michael Owen, mengatakan ia boleh menjadi "mengubah permainan" untuk kelab.