FIFA 22 Kini Telah Tiba, Ini Antara 'Features & Modes' Yang Terbaru Anda Perlu Tahu!
Lebih realistik dan mempunyai ciri-ciri baru yang menarik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh EA Sports.
Permainan terbaru FIFA iaitu FIFA 22 akhirnya telah dilancarkan pada 1 Oktober! Para peminat permainan bola sepak di Malaysia semestinya tidak sabar untuk mendapatkannya
Seperti yang kita tahu, FIFA adalah satu francais permainan video universal yang sememangnya menarik perhatian ramai pemain termasuklah yang tidak handal bermain bola sepak.
FIFA 22 kali ini juga merupakan edisi terbaru yang memperkenalkan gaya permainan realistik sesuai dengan keupayaan konsol generasi terkini sekali gus membuatkan pemain merasai pengalaman baru.
Jangan risau jika ini kali pertama anda bermain dengan permainan video ini, jom kita baca lebih lanjut mengenai features dan modes terbaru daripada FIFA 22 di bawah:
1. Teknologi Hypermotion yang diperkenalkan secara eksklusif
Kelebihan yang ada pada Hypermotion ini ialah pergerakan pemain akan tampak lebih realistik ketika anda bermain permainan video ini. Malah, lebih 4,000 animasi akan ditambah ke dalam FIFA 22 ini.
Sebagai contoh, penjaga gol mempunyai penambahbaikan dari segi keupayaan menepis bola dari sampai ke gawang menggunakan fingertip dan kaki sekaligus mencerminkan perlawanan bola sepak sebenar dengan lebih realistik.
Dalam situasi jarak dekat atau 1 on 1, penjaga gol lebih lincah dan pintar kerana keupayaan AI ditambah baik dalam entri kali ini. Oleh itu, lebih sukar untuk anda melepasi mereka namun hantaran jauh selalunya lebih efisien.
Malah, bagi penjaga gol yang terkenal dan rating tinggi, animasi mereka turut memperlihatkan personaliti dan karakter mereka seperti di dunia sebenar.
Dari segi gameplay pula, hantaran bola dan pengawalan pemain dirasakan lebih realistik seperti berada di padang bola sebenar.
Kesannya, FIFA 22 lebih perlahan sedikit gameplay berbanding entri lalu sekali gus memberikan pemain ruang dan peluang untuk belajar menjaringkan gol dengan lebih efektif. Taktik passing dan mengawal bola dengan sabar adalah kunci kemenangan di sini.
2. Ciri Volta Football ditambah baik daripada sebelum ini
Volta Football memberikan pemain keupayaan untuk meneroka permainan street football yang lebih bergaya. Sebagai contoh, beberapa fungsi baru ditambah seperti Volta Arcade.
Terdapat banyak mini-games boleh dimainkan dalam Arcade dan sudah semestinya lagi seronok dengan kehadiran rakan-rakan sehingga lapan orang. Contoh permainan ialah Dodgeball dan Foot Tennis.
Permainan ini akan memberikan Volta Coins dan XP jadi ia menggalakkan pemain bermain dengan lebih baik dan menikmati keseronokan bersama pemain lain.
Volta juga terasa lebih imersif dengan pengenalan skill meter yang menggalakkan pemain membuat pergerakan seperti hantaran dinding dengan lebih kerap.
3. Ciri Player Career yang terbaru dalam Career Mode
Bagi mereka yang benar-benar komited kepada sukan bola sepak, FIFA 22 memperkenalkan perubahan baru yang pasti anda suka pada Career Mode. Ciri Player Career baru ini membolehkan pemain menggunakan watak custom mereka dan mengubahnya dari seorang pemain tanpa nama menjadi salah seorang bintang termasyhur di liga tertinggi.
Sebelum bermula, anda mempunyai banyak pilihan customization untuk kelab sendiri. Ia terdiri dari memilih Kit dan Crest untuk kelab, serta pilihan nama pemain supaya kita boleh mendengar pengulas dan penyokong menyorak nama kita semasa di atas padang. Selain itu, anda juga dapat memilih pasukan rival, untuk memberikan sedikit cerita atau identiti kepada kelab kita.
Dalam Career Mode ini juga membolehkan kita mengubah suai cerita pasukan dalam apa-apa cara yang anda mahukan dengan menetapkan penilaian kelab. Dengan memberi penilaian, kisah kelab kita akan berubah.
Sebagai contoh, kita boleh menjadi kelab baru yang teringin untuk berjaya di liga besar atau kisah sebuah pasukan elit yang harus mempertahankan gelaran mereka sebagai juara. Anda bahkan dapat mengawal berapa banyak wang yang dimiliki jika ingin membeli atau menjual pemain. Dengan itu, ia dapat diubah suai untuk menunjukkan keperibadian diri anda.
Dalam pada itu, EA juga telah melakukan beberapa perubahan dan penambahbaikan seperti sistem match objectives. Pemain akan diminta untuk menyelesaikan misi tertentu mengikut kedudukan mereka. Sebagai contoh, dalam posisi penjaga gol, kita akan mendapat misi untuk menghalang sepakan gol pihak lawan sebanyak tiga kali. Ganjarannya adalah XP untuk meningkatkan level. Semakin tinggi difficulty level, semakin tinggilah XP yang diperoleh.
Selain itu, mod ini juga akan mendapat ciri cinematic di locker room, yang akan menunjukkan sebuah cutscene di bilik persalinan. Cutscene ini akan berubah bergantung kalau kita kalah atau menang dalam perlawanan. Seterusnya adalah ciri relationship antara pemain dan pengurus. Apabila bermain dengan cemerlang, anda akan mempunyai hubungan yang baik bersama pengurus dan ini membolehkan kita untuk sentiasa dipilih dalam perlawanan.
Secara keseluruhannya, FIFA 22 memperkenalkan teknologi baru yang boleh mengubah pengalaman bermain permainan video bola sepak walaupun anda seorang amatur :)
Jangan lupa dapatkan FIFA 22 sekarang di Steam dan pemain konsol pula boleh dapatkannya di PlayStation Store, Microsoft dan Nintendo eShop hari ini!