seismik

Akyhar Rashid Jadi Mangsa Samun & Cedera Dipukul Individu Tidak Dikenali Di Terengganu

Harap pelaku segera dapat ditangkap.

Cover image via @terengganufc_ (Instagram) & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita menggemparkan dilaporkan malam tadi, satu kejadian jenayah samun dan pukul membabitkan pemain bola kebangsaan, Akhyar Rashid terjadi berdekatan sebuah apartmen di Terengganu

Menurut laporan Kosmo!, beliau yang kelihatan lemah dan memegang kepalanya yang dipercayai dipukul dengan cota telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Berdasarkan video yang tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain sayap Terengganu FC (TFC) itu cedera di bahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.

Image via Kosmo!

Punca kejadian masih lagi tidak diketahui sama ada bermotifkan rompakan atau dendam

Teman wanitanya, Eyka Farhana yang merupakan selebriti kelihatan menemani Akhyar ke hospital.

Difahamkan Eyka Farhana atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, ke bandar raya ini untuk meraikan ulang tahun kelahiran Akhyar ke-25.

Dalam pada itu, keadaan terkini pemain berkenaan juga masih menjadi tanda tanya dan difahamkan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ.

Sebagai rekod, Akhyar menyertai TFC pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dia yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjam dari Harimau Selatan, Safawi Rasid.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: