Sekumpulan Lelaki Terjun Sungai Sambil Niat Mandi Wajib, Ustaz Jelaskan Ia Sebenarnya Sah!
Baru tahu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebuah video yang menunjukkan sekumpulan lelaki remaja terjun sungai sambil niat mandi wajib
Tiga orang remaja lelaki dilihat seronok bermandi-manda di sungai. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat membaca niat mandi wajib sebelum terjun.
"Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala," katanya.
Sehubungan kejadian itu, ramai yang bertanya adakah sah mandi wajib mereka itu. Persoalan itu dijawab oleh seorang ustaz @addien90s di laman X.
Ustaz tersebut berkata mandi wajib sah jika menyelam dalam air yang lebih daripada 2 kullah bersamaan 270L berdasarkan Mazhab Syafie.
Syaratnya perlu air tenang seperti air dalam kolam, kolah, bathtub atau air mengalir seperti sungai, air terjun dan laut.
Image via @addien90s (X)
Image via @addien90s (X)
"Lebih baik sebab keseluruhan tubuh badan confirm basah, tanpa ragu-ragu, insyaAllah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 618.7K views, 4.3K reposts dan 7K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di laman X:
Image via @addien90s (X)
Image via @addien90s (X)
Image via @addien90s (X)
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru tahu sah sebenarnya, dapat ilmu baru hari ni!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment