Selamatkan Anak Dibaham Buaya Tapi Gagal, Perakam Macam Tak Bersimpati Tuduh Tindakan Ayah
Tak kesian langsung cakap macam tu.
Baru-baru ini, satu tragedi menyayat hati antara ayah dan anak telah berlaku di Lahad Datu, Sabah
Tragedi perit itu berlaku apabila seorang ayah ingin menyelamatkan anaknya selepas dibaham buaya di dalam laut.
Namun, malangnya lelaki itu dilihat tidak berjaya menyelamatkan anaknya setelah berkali-kali bergelut dengan reptilia tersebut. Gambar yang dimuat naik memaparkan si ayah mempunyai kesan luka yang dipercayai gigitan buaya semasa pergelutan.Lihat posting itu di bawah:
Dia sedih meratapi kehilangan anaknya, tetapi perakam dilihat tidak bersimpati
Menerusi video yang tular di TikTok pula, si ayah itu dilihat berdiam diri duduk sambil termenung ke arah lautan yang luas.
Dia dilihat mengambil sebatang rokok untuk menenangkan dirinya. Dia kemudian berceritakan situasi berkenaan dalam dialek Sabah kepada si perakam.
Namun, perakam dilihat tidak bersimpati apabila dia berkata "Siapa suruh kau lari tadi, kan dah kena makan buaya". Ayat perakam itu membuatkan hati si ayah luluh terus terduduk meratapi kepergian anaknya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Yang cakap tu, hati gelap ke apa, orang tu hilang anak bukan hilang selipar" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 26K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kata-kata si perakam.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sekadar_suka2 (TikTok)
Image via @sekadar_suka2 (TikTok)
Image via @sekadar_suka2 (TikTok)
Image via @sekadar_suka2 (TikTok)
Tak berhati perut betul cakap macam tu, kita doakan supaya pak cik itu diberikan kekuatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment