Selamba Bakar Jagung Depan KLCC, Netizen Gesa Kerajaan Banteras Warga Asing Meniaga Haram
Diharap pihak berkuasa dapat buat rodaan dan bersikap lebih tegas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
KLCC merupakan salah satu tempat tumpuan yang sering dikunjungi oleh warga tempatan dan juga pelancong pada saban tahun
Namun, bagaimana pula jika warga asing berniaga di kawasan pelancongan seperti di mercu tanda Kuala Lumpur, KLCC?
Tular baru-baru ini sebuah video di platform X memaparkan bagaimana warga asing menjual jagung bakar secara haram di laluan penjalan kaki dengan asapnya dibiarkan secara terbuka.
Lebih teruk lagi, sampah sarap yang berpunca daripada perniagaan berkenaan turut dibiarkan begitu sahaja selepas itu sekaligus mencemarkan kebersihan di sekitar kawasan itu serta tidak sedap untuk dilihat oleh warga tempatan malahan kepada pelancong juga.
Susulan itu, majoriti netizen meminta pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan penjual warga asing yang dikesan bermaharajalela di sekitar KLCC.
Hal ini bagi menjaga nama baik di mata dunia kerana KLCC sudah menjadi tempat tumpuan pelancong sehingga ke hari ini. Bahkan, ada yang memaklumkan perniagaan sedia beroperasi pada setiap hari tanpa menghiraukan keadaan sibuk di tengah ibu kota itu.
Image via isusemasaviral (X)
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil buat serbuan terhadap peniaga yang menjual jagung bakar di hadapan pusat beli-belah KLCC
Ia susulan satu aduan dilakukan oleh orang awam yang mendakwa tidak selesa kerana mengganggu ketenteraman ramai.
DBKL menerusi komen balas ciapan pengadu tersebut memuat naik beberapa gambar ketika tindakan dilakukan.
Gambar berkenaan memaparkan beberapa anggotanya mengarahkan peniaga itu membungkus kembali barangan jualan mereka.
Image via DBKL2u (X)
"Dah selalu diorang ni kena angkut, nanti meniaga balik. Tak pernah serik ya" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 1.2M tontonan, 4.7K tanda suka dan 255 komen di platform X.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di platform X:
Image via isusemasaviral (X)
Image via isusemasaviral (X)
Image via isusemasaviral (X)
Lihat video penuh di bawah:
Makin menjadi-jadi dan 'besar kepala' ya mereka ini, diharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment