seismik

Dulu Punyalah Tak Suka, Tak Sangka Pula Pesara Ini Sekarang Tak Boleh Hidup Tanpa Kucing

Kalau dengan kucing ni tak suka pun boleh jadi suka.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang digemari ramai tetapi ada juga segelintir orang tidak menyukai kucing

Namun, kucing bukan saja comel malah banyak telatah yang dilakukan itu dapat membuatkan ramai yang tidak menyukainya akan cair melihatnya.

Menerusi laporan Harian Metro, Md Sazihan Suhari asalnya bukanlah pencinta kucing namun kini, haiwan itu yang menjadi peneman dan menceriakan harinya di rumah sejak bersara sebagai polis, awal tahun ini.

Gelagat Md Sazihan, 61, bersama kucing kesayangannya yang diberi nama Abang Boboy dan Oyen dapat dilihat menerusi video dimuat naik anak sulungnya, Nurul Hidayah, 31, di TikTok.

Menerusi video itu, kelihatan Md Sazihan mengambil gambar kucingnya yang kelihatan tidak meragam dan seolah mendengar katanya.

Tidak percaya bahawa video itu mendapat perhatian ramai

"Saya memang selalu rakam tapi jarang muat naik di TikTok jadi tak sangka boleh tular selepas kongsi video ayah dengan Abang Boboy semalam.

"Kalau nak tahu, ayah sebenarnya tak suka kucing tapi kerana kebanyakan masanya kini di rumah jadi sudah nampak ayah sudah sayangkan kucing.

"Emak pun nampak perubahan ayah itu. Kini, ayah dan emak yang sama-sama menguruskan kucing dengan dibantu saya juga adik beradik lain pada waktu lapang,"
kata Nurul Hidayah.

Image via Harian Metro

Sedar bahawa kucing peliharaan di rumah sangat manja

"Kami memelihara 33 ekor kucing dan kesemuanya jenis mudah dijaga serta tak banyak ragam termasuk Abang Boboy juga Oyen.

"Di depan emak dan ayah lagilah kucing itu semua manja. Sebab itu boleh nampak dalam video Abang Boboy dan Oyen ikut saja kehendak ayah.

"Dua ekor kucing itu macam faham dan ayah pula ibarat bertukar kerjaya kini dengan menjadi jurugambar haiwan kesayangannya di rumah," katanya lagi.

Dah boleh ambil job modelling kot kucing ni, pandai betul bergambar :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: