Selepas 18 Tahun, Pembunuh Rogol & Liwat Chee Gaik Yap Akhirnya Ke Tali Gantung
Kejadian ini berlaku pada tahun 2006.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pembunuh yang merogol dan meliwat eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap berdekatan Kelab Cinta Sayang, Kedah pada 2006 kekal ke tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas banduan akhir itu
Menurut laporan Buletin TV3, panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais sebulat suara menolak permohonan pemohon, Shahril Jaafar, 43, yang juga anak seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
Fakta kes yang membawa kepada kematian mangsa adalah luar biasa kerana membabitkan kejadian rogol dan liwat dilakukan pada waktu siang di kawasan awam yang sepatutnya menjadi tempat selamat.
"Kami mengulangi, walaupun mahkamah mempunyai belas kasihan terhadap pemohon, panel ini berpandangan fakta kes luar biasa kerana membabitkan keganasan yang menimbulkan kekecohan umum.
"Mahkamah tidak terikat dengan pandangan umum, bagaimanapun kami tidak boleh mengendahkannya, oleh itu permohonan ini ditolak dan hukuman mati dikekalkan," katanya.
Image via Rebuilding Malaysia
Pembunuhan itu dilakukan secara kejam apabila laporan forensik menunjukkan terdapat 50 kecederaan pada mangsa termasuk di kemaluan dan dubur
Pada 9 Ogos 2015, Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah menjatuhkan hukuman mati ke atas Shahril selepas didapati bersalah membunuh Chee, 25, di Taman Ria Jaya antara 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan jam 3.05 pagi, keesokan harinya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah permohonan itu atas alasan fakta yang dikemukakan oleh pendakwaan menepati prinsip 'kes yang paling jarang di antara yang jarang berlaku' yang mewajarkan hukuman mati dikekalkan.
"Gadis ini berjoging bersama adiknya sebelum diculik, diliwat, dirogol dan dibunuh serta mayatnya ditinggalkan. Pemohon pula melarikan diri ke Australia selama tiga tahun sebelum ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya.
Image via Malaysian Update
Mohd Dusuki berkata, mangsa yang menjadi harapan keluarga, baru sahaja bekerja dan sepatutnya ke Jerman untuk menjalani sesi latihan.
"Mangsa diperlakukan seolah-olah tiada kehormatan dan harga diri langsung, kes ini menepati prinsip 'rarest of the rare' dan mewajarkan hukuman mati dikekalkan," katanya.
Sementara itu, peguam Rosli Kamaruddin yang mewakili Shahril memohon mahkamah memberi peluang kepada anak guamnya untuk menjalani kehidupan normal
"Ketika kejadian, anak guam berusia 25 tahun dan tidak mempunyai sabitan lampau.“Ketika ini, anak guam sedang menjalani rawatan psikiatri dan laporan doktor yang merawatnya di penjara mengesahkan tahap kesihatannya," katanya.
Rosli berkata, anak guamnya sudah insaf dan mahu kembali ke dalam masyarakat serta hidup bersama ibu dan adik beradik yang lain. Manakala bapanya sudah meninggal dunia tahun lalu.
Kes pembunuhan Chee yang juga bekas penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mendapat liputan meluas apabila mangsa ditemui mati selepas dibunuh serta dirogol dan mayatnya ditemui pada awal pagi 15 Januari 2006 di kawasan berkenaan.
Image via @JatIkhwan (X)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment