Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Semoga Ini Yang Terakhir" - Nenek Terima Jodoh Dengan Suami Walaupun Jarak Umur 35 Tahun

Semoga kekal hingga akhir hayat.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita tidak akan tahu siapakah jodoh kita sehingga tiba waktunya

Namun, kita boleh berdoa agar Tuhan menghantar orang yang baik-baik dalam hidup kita. Perlu diingatkan bahawa bukan semua orang itu sempurna, kita sebagai pasangan haruslah bertolak ansur dalam sesebuah perhubungan itu.

Kadangkala ada juga yang tidak jangka bahawa dialah jodoh kita. Tetapi, itu semua adalah ketentuan daripada-Nya.

Sama seperti pasangan ini yang bertemu jodoh walaupun umur jarak adalah 35 tahun telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Harap hubungan berkekalan sehingga ke akhir hayat

Rokiah, 62, bertemu jodoh dengan lelaki muda berstatus bujang, Mohammad Amin Jundail yang baru berusia 27 tahun.

Selain perasaan cinta, Rokiah menerima lamaran Mohammad Amin sebelum mereka dinikahkan pada 9 September tahun lalu selepas mendapat persetujuan anaknya.

Menerusi sumber, Rokiah yang juga suri rumah mengakui pernah dua kali berumah tangga, namun kedua-duanya kecundang kerana jodoh tidak panjang.

"Tanggal 21 Oktober 2021, saya terima kiriman mesej daripada suami di TikTok dan berkenalan lebih rapat selepas bertukar nombor telefon," katanya.

Menurut Rokiah, keperibadian dan keserasian Mohammad Amin dengan anak-anaknya turut membuka hatinya untuk menerima suaminya itu sebagai teman hidup.

Katanya, pengalaman mempunyai pasangan lebih muda dan sebaya dengan suaminya sekarang juga yang meyakinkannya untuk berkahwin lagi.

Sementara itu, Mohammad Amin yang bekerja sebagai tukang urut selain menguruskan pemasaran produk kecantikan berkata, dia tidak pernah meletakkan usia sebagai kriteria utama dalam mencari pasangan.

"Alhamdulillah, anak-anaknya menerima saya dengan baik dan saya menaruh hati kepada isteri selepas timbul rasa rindu serta cemburu kalau panggilan tak dijawab.

"Bagaimanapun, saya buat solat istikharah tiga kali seminggu sebelum kahwin untuk mohon petunjuk dan syukur semuanya dipermudahkan hingga kami diijabkabulkan," katanya yang turut mendapat restu keluarganya.

Image via @mohammadamiinrokiahfamli (TikTok)

"Kalau dah jodoh, itu lah ketentuannya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mendoakan kebahagian pasangan berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M views, 49K likes dan 5,420 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @mohammadamiinrokiahfamli (TikTok)

Image via @mohammadamiinrokiahfamli (TikTok)

Image via @mohammadamiinrokiahfamli (TikTok)

Image via @mohammadamiinrokiahfamli (TikTok)

Image via @mohammadamiinrokiahfamli (TikTok)

Semoga bahagia dan berkekalan buat pasangan ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment