"Sepantas Kilat" - Gelagat Pelayan Restoran Berlari Masa Buat Kerja Ini Curi Tumpuan Ramai
Abang ni sprinter ke masa dekat sekolah dulu?
Bekerja sebagai pelayan restoran bukanlah mudah dengan hanya sekadar mengambil order saja
Pekerjaan itu juga memerlukan tenaga dan kecekapan yang tinggi supaya makanan yang dipesan sampai dengan cepat pada pelanggan.
Namun, tular pula sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang pelayan restoran berlari semasa menghantar makanan ke meja pelanggan telah mencuri tumpuan warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berlari ke hulu ke hilir sebab nak hantar makanan cepat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurilanwarsaidin, kelihatan pelayan restoran itu berlari dengan pantas menghantar makanan ke meja pelanggan.
Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat begitu cekap menjalankan kerjanya tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Lebih mengagumkan lagi, dia dilihat tidak terjatuh langsung semasa berlari ke sana ke sini. Situasi itu jelas menunjukkan bahawa dia sudah profesional.
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
"Sebab dia la kedai ni viral. Kamu memang penghibur dan pembawa rezeki kedai. Servis sini memang laju" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 2.4M tontonan, 165K tanda suka serta 1.8K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur dan memuji ketangkasan pelayan restoran itu melaksanakan tugasnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
Image via @nurilanwarsaidin (TikTok)
Salute dekat abang ni. Bukan semua orang boleh berlari sepantas kilat hantar makanan tanpa jatuh tau. Hebat! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment