Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Seronok Tengok" - Video Ayah Datang Tempat Kerja Anak Buat Kejutan Ini Raih Perhatian

Alahai, sweet je ayah dia.

Cover image via @zulkiflemohdrosli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di antara anda di sini yang pernah kerja part-time bukan?

Iyalah, ramai yang kerja part-time sebagai langkah memulakan kerja pertama mereka, dan ada juga yang kerja part-time untuk mencari pendapatan lebih.

Tambahan lagi, jika ada orang yang datang melawat kita kerja. Tentu akan menaikkan semangat kita betul tak?

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang ayah sengaja memesan makanan di restoran anaknya bekerja telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja pesan makanan secara drive-thru sebab anak yang jaga

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ayah berkongsi detik semasa dia melawat anak perempuannya bekerja di salah sebuah cawangan restoran McDonald's.

Dia kemudian dengan sengaja memesan makanan tersebut secara drive-thru kerana tahu anaknya yang menjaga bahagian itu. Dalam pada masa yang sama, dia juga ingin membuatkan kejutan untuk anaknya itu.

Sebaik tiba di situ, anaknya menyiapkan makanan dan terus memberi kepadanya. Namun, dia menyedari bahawa pelanggan tersebut adalah ayahnya sendiri dan tersenyum melihatnya.

Image via @zulkiflemohdrosli (TikTok)

Image via @zulkiflemohdrosli (TikTok)

"The bond between father and daughter is so special" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan suka melihat gurauan anak-beranak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.5M views, 218.3K likes dan 4,473 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @zulkiflemohdrosli (TikTok)

Image via @zulkiflemohdrosli (TikTok)

Image via @zulkiflemohdrosli (TikTok)

Image via @zulkiflemohdrosli (TikTok)

Image via @zulkiflemohdrosli (TikTok)

Comel je tengok dia panggil ayah dia tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment