seismik

"Abang Terlalu Seksi" - Tengah Elok Cuci Kandang, Sekali Lembu Pula Buat Aksi Terlarang

Alamak, lain macam ni.

Cover image via @jaguhkampung06 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai haiwan peliharaan sememangnya akan membuat kita tidak berasa sunyi dan bosan

Ada kalanya kita sampai boleh bercakap dengan mereka walaupun sebenarnya tidak faham bahasa mereka. 

Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang lelaki ini apabila videonya bersama dengan haiwan ternakannya tular di TikTok telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lembu tiba-tiba datang arah belakang buat 'aksi'

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang membersihkan kandang lembu ternakannya.

Namun, tiba-tiba datang seekor lembu dari arah belakang dan terus pergi ke bahagian belakang badannya. Difahamkan, lembu itu cuba untuk 'mengawan' tetapi terus dielak oleh lelaki itu.

Situasi itu membuatkan dia tergelak dan memukul manja lembunya kerana melakukan aksi tersebut.

"Dia ingat dia ringan agaknya tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 74.2K likes dan 1,711 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Yang bukan-bukan je ya lembu abang punya perangai :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: