Sesi Baharu Persekolahan Akan Kembali Bermula Januari Pada Tahun 2026 - Menteri Pendidikan
Kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.
Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding bermula Mac yang dilaksanakan sejak tahun lalu susulan pandemik yang melanda
Menerusi laporan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata untuk itu kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.
"Jadi permintaan untuk memulakan sesi persekolahan pada Januari akan ditunaikan pada 2026," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Image via Berita Harian
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Aminolhuda Hassan (PH-Seri Gading) mengenai bila sesi persekolahan baharu akan akan kembali dimulakan pada Januari.
Sebelum ini, KPM dilaporkan memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula pada Januari, namun memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksanakan.
Pada November 2021, KPM mengumumkan sesi persekolahan untuk tahun berkenaan dilanjutkan sehingga Februari 2022, sekali gus menyaksikan sesi persekolahan bagi tahun baharu itu bermula pada Mac.
Diminta semua pihak yang berkaitan dapat melakukan perancangan dan persediaan menyeluruh bagi mendepani perubahan berkenaan
"KPM berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat.
"Secara tidak langsung, perancangan cuti keluarga, kenduri kendara, cuti-cuti cikgu sebagaimana yang telah pun kami umumkan dalam 10 prakarsa sempena hari guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan yang akan diwartakan," katanya yang turut melihat pengumuman berkenaan selari dengan hasrat KPM untuk memastikan kesejahteraan semua pihak dengan keutamaan kepada merealisasikan hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.
Image via Berita Harian
Fadhlina berkata, KPM meneliti banyak faktor berkaitan bagi melaksanakan perubahan membabitkan kalendar akademik persekolahan.
"Perubahan semula kalendar akademik persekolahan perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
"KPM turut melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khususnya tempoh pembelajaran sebanyak 32 hingga 36 minggu yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun," katanya.
Bagi tujuan itu, katanya, KPM turut melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan.
Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh di muat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https//www.moe.gov.my/takwim.
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment