seismik

[VIDEO] Bangunan KWSP Berdekatan Di 'Federal Highway' Terbakar Lagi Selepas 5 Tahun

Setakat ini, kerja-kerja pemadaman api sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

Cover image via @adashi2021 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar lagi hari ini

Kejadian ini adalah insiden kali kedua berlaku di bangunan sama. Sebelum ini, kebakaran dilaporkan di bangunan itu pada 12 Februari 2018.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi Harian Metro memaklumkan pihaknya akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit.

Setakat ini, kerja-kerja pemadaman api sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

Tonton beberapa video yang tular di media sosial mengenai kebakaran tersebut di bawah:

Difahamkan, kejadian kebakaran berkenaan berlaku pada pukul 10.50 pagi.

Image via @kosmo_online (Twitter)

Dua kejadian kebakaran yang besar melibatkan bangunan dalam masa seminggu

Terdahulu, kejadian kebakaran membabitkan bangunan besar berdekatan Federal Highway turut dilaporkan sebelum ini iaitu sebuah pusat beli-belah Mid Valley Megamall pada 17 Mei lalu.

Difahamkan, kebakaran dipercayai bermula di sebuah bilik pencawang TNB di dalam pusat beli-belah berkenaan.

Kejadian kebakaran turut dilaporkan sebelum ini di sebuah pusat beli-belah Mid Valley Megamall pada 17 Mei lalu.

Image via @KLCCC_DBKL (Twitter)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: