seismik

[GEMPAR] Mid Valley Megamall Terbakar, Pihak Bomba Kini Sedang Usaha Padamkan Api Marak

Kebakaran dipercayai bermula di sebuah bilik pencawang TNB di dalam pusat beli-belah itu.

Cover image via @KLCCC_DBKL (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah pusat beli-belah Mid Valley Megamall pada pagi hari ini

Api marak daripada kebakaran yang berlaku tersebut sehingga kini sedang dipadamkan oleh pihak bomba dan tiada jalan yang terhalang berikutan insiden terbabit.

Atas dasar keselamatan, polis trafik telah menutup dua lorong kiri di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mid Valley Megamall bagi memberi laluan kepada kenderaan pihak bomba.

Media sosial juga dipenuhi dengan gambar dan video dikongsikan oleh netizen yang berada di kawasan berhampiran selepas melihat kepulan asap berwarna hitam dan api marak pada bangunan berkenaan.

Difahamkan, kebakaran dipercayai bermula di sebuah bilik pencawang TNB di dalam pusat beli-belah

Menurut Berita Harian, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kerja memadam kebakaran sedang berjalan.

Tambah jurucakap itu lagi, kebakaran berlaku di pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kompleks berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: