seismik

[RASMI] KyoChon 1991 Malaysia Kini Disahkan Halal & Diiktiraf Oleh JAKIM

Sebanyak 15% diskaun juga diberikan oleh KyoChon hingga 13 Jun ini.

Cover image via KyoChon 1991 Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi meraikan kejayaan ini bersama semua rakyat Malaysia, KyoChon 1991 Malaysia menawarkan potongan 15% bagi santapan di cawangan, bawa pulang dan pesanan melalui web dari 12 Mei sehingga 13 Jun 2023 (tiada perbelanjaan minimum diperlukan)

KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea Antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam sidang media yang diadakan di cawangan The Gardens Mall hari ini (11 Mei), KyoChon 1991 Malaysia mengumumkan bahawa 15 cawangan mereka kini disahkan halal oleh JAKIM.

Ini termasuk 10 cawangan di Selangor, dua cawangan di Johor, dua cawangan di Pulau Pinang, dan satu cawangan di Negeri Sembilan.

Antara cawangan terlibat di pusat beli-belah adalah:

-1 Utama

-Sunway Pyramid

-Setia City Mall

-IPC

-IOI Mall Puchong

-Central i-City

-Seksyen 9 Bangi

-Bandar Botanik Klang

-Prima Sri Gombak

-Cheras Traders Square

-Johor Bahru City Square

-The Mall Mid Valley Southkey

-AEON Mall Nilai

-Arena Curve Pulau Pinang

-Sentral Jaya Pulau Pinang

Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991 Malaysia, Terry Goh dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Fakarudin Mas’od bergambar dengan sijil halal kepada KyoChon 1991.

Image via KyoChon 1991 Malaysia

KyoChon 1991 Malaysia bakal umumkan lebih banyak cawangan yang disahkan halal tidak lama lagi

Meskipun KyoChon 1991 sejak dari mula lagi tidak menghidangkan daging khinzir dan hanya menggunakan bahan-bahan halal import Korea terbaik, KyoChon 1991 Malaysia turut mengumumkan pihak mereka berbesar hati untuk mendapat pensijilan rasmi daripada JAKIM agar pelanggan yakin bahawa piawaian halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyedian sajian mereka.

Pihak KyoChon 1991 dalam masa yang sama menjelaskan bahawa pensijilan halal telah menjadi perjuangan berterusan bagi kebanyakan rangkaian dalam industri makanan dan minuman di Malaysia.

Meskipun perlu melalui proses amat rumit, KyoChon 1991 Malaysia berdedikasi menjadi jenama yang dipercayai oleh pelanggan di Malaysia. Kesemua cawangan telah menjalani proses pengauditan oleh JAKIM.

KyoChon 1991 Malaysia bakal mengumumkan lebih banyak cawangan yang disahkan halal tidak lama lagi.

Berita baik buat penggemar ayam KyoChon 1991 di luar sana, bagi meraikan kejayaan ini bersama semua rakyat Malaysia, KyoChon 1991 Malaysia menawarkan potongan 15% bagi santapan di cawangan, bawa pulang dan pesanan melalui web dari 12 Mei sehingga 13 Jun 2023 (tiada perbelanjaan minimum).

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini KyoChon 1991 Malaysia serta pensijilan halal, anda boleh KLIK SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: