seismik

Siri Animasi Komik 'Lawak Kampus: School Daze' Kini Ditayangkan & Boleh Ditonton Percuma

Kenangan untuk 90's dan 2000 kids!

Cover image via @lkschooldaze (TikTok) & @GEMPAK_KGS (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa je tak kenal dengan buku komik popular 'Lawak Kampus' terbitan Kodakawa Gempak Starz bukan?

Bagi yang lahir pada tahun 90-an dan awal tahun 2000, pastinya sudah cukup kenal dan tidak asing lagi kerana ia telah menjadi satu fenomena dalam industri komik tanah air.

Mana tidaknya, siap bergaduh adik-beradik dan kawan-kawan di sekolah dek kerana buku komik ini. Malah, watak-watak seperti Vanness, Aditas, Bepop, Froggy, Si Kosong dan Cikgu Noodle dalam komik ini juga selalu mencuit hati pembaca serta membuat kita gelak tak gering gusi.

Peminat komik ini mungkin hanya membaca siri yang dihasilkan oleh kartunis Keith Chong menerusi komiknya sahaja sebelum ini. Tapi kini ia tidak lagi kerana siri komik berkenaan diolah dalam bentuk video animasi.

Sempena ulang tahun ke-20 Lawak Kampus, Lil Critter Workshop (LCW) telah melancarkan sebuah siri animasi, LK School Daze

Sebanyak 104 video animated micro-shorts dihasilkan untuk platform TikTok yang akan ditayangkan kepada 52 siri x 2 minit yang juga akan datang dalam bahasa Inggeris di YouTube, dan dalam bahasa Malaysia eksklusif untuk Astro akhir tahun ini.

Dalam pada itu, pelancaran berkenaan juga dengan kerjasama Kadokawa Gempak Starz (KGS) bersama rakan kongsi sokongan TikTok Malaysia, Astro dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), untuk menghidupkan watak komik Lawak Kampus dalam siri animasi, LK School Daze.

Selain itu, siri animasi LK School Daze ini juga didatangkan eksklusif 52 x 2 minit bahasa Malaysia yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada September 2023 dan bakal ditayangkan di Astro untuk penonton TV di seluruh negara.

Sebagai rekod, siri animasi ini turut telah dilancarkan dalam episod bertemakan Raya pada 18 April lepas di TikTok, dan selepas ini video animasi pendek berkenaan akan dimuat naik dua kali seminggu. Stay tuned!

Tonton salah satu video animasi pendek, LK School Daze ini yang telah ditayangkan di platform TikTok:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: