"Happy Birthday To Me" - Setahun Tanpa Arak, Mualaf Luah Rasa Syukur Peluk Agama Islam
Bukan itu sahaja, Alex turut mengakui dirinya lebih tenang setelah memeluk agama Islam.
Percaya atau tidak, hidayah itu datang tanpa diduga dan paksaan daripada sesiapa
Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, seorang pemuda bernama Alexander D Santiago telah meluahkan rasa bangganya bergelar seorang muslimin setelah genap setahun memeluk agama Islam
Dalam tweet-nya, pemuda yang lebih mesra disapa Alex itu turut meluahkan rasa syukur dan bangganya kerana telah meninggalkan minuman alkohol di samping kini telah mempelajari selok-belok ajaran Islam.
Alex telah mengucapkan lafaz syahadah di Masjid Muhammadiah, Ipoh, Perak, pada 9 Februari tahun lalu.
Mengingati saat awal dirinya bergelar seorang mualaf, Alex berkata dia memilih tarikh 9 Februari kerana ianya cukup sinonim bukan sahaja pada dirinya tetapi juga pada isteri
Menurutnya, tarikh itu dipilih kerana 9 (September) merupakan bulan kelahiran isterinya, manakala Februari pula merupakan bulan untuk pasangan kekasih (Valentine's Day).
Bukan itu sahaja, menurut Alex, sebelum penghijrahannya, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk memeluk agama Islam. Bahkan rakan-rakannya juga pernah mengajak untuk dia berhijrah namun disebabkan perasaan takut, dia kerap menunda niatnya itu.
Image via Twitter @AlexSantiago95
Walau bagaimanapun, semuanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang gadis yang berjaya membuka hatinya untuk memeluk agama itu.
Tambah Alex lagi, dia bersyukur kerana perjalanannya untuk memeluk Islam sangat mudah lebih-lebih lagi dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.
"Ibu bapa saya memang menyokong apa sahaja keputusan hidup saya sendiri kerana sudah dewasa. Apa yang penting bagi mereka saya gembira dengan jalan yang saya pilih," kata pemuda berusia 25 tahun itu kepada MStar.
Image via Twitter @AlexSantiago95
"Kawan-kawan juga banyak membantu dari segi memberi pandangan serta membuka fikiran saya untuk melihat lebih jelas apa yang saya mahu dan apa itu 'tujuan hidup'. Alhamdulillah, saya kini lebih tenang," tambahnya.
Alhamdulillah.
Sama-sama kita mendoakan agar Alex sentiasa dipermudahkan urusan atas jalan yang mulia ini.
Baca kisah adik-beradik Cina ini mengebumi arwah bapa mereka yang merupakan seorang mualaf:
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment