seismik

Kerap Mimpi Ditauliah Sebagai Pendakwah, Lelaki Cina Ini Peluk Islam Tanpa Ibu Bapa Tahu

Namun begitu, tindakan Mohd Dylan masih belum diketahui secara jelas oleh ahli keluarganya.

Cover image via Berita Harian Online

Seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mohd Dylan Yap Abdullah, 24, atau nama sebenar Yap Sheng Wei baru sahaja nekad memeluk agama Islam kerana sering diberi petunjuk

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Menurut laporan, Mohd Dylan dikatakan sering bermimpi ditauliah sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan ia dikatakan satu petunjuk dari Allah SWT yang membuatkan dirinya nekad untuk memeluk agama Islam.

Mohd Dylan telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 14 Mei 2019 selepas lapan tahun 'jatuh cinta' secara dalam diam terhadap agama Islam.

Allahu...

Dia kini sedang mendalami agama Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

Mohd Dylan turut menjelaskan betapa perasaannya bertambah tenang sejak bergelar seorang Muslim. Dia tertarik terhadap agama Islam ketika belajar di sekolah menengah dan seorang rakannya pernah menghadiahkan sebuah buku mengenai kisah 25 Nabi dan Rasul.

Mohd Dylan Yap, 24.

Image via Berita Harian Online

Mohd Dylan turut berkata, “Rakan meminta saya memahami apa yang ada dalam buku itu dan sehari demi sehari selepas membacanya, tarikan semakin kuat untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai Islam.

“Dalam buku itu ada dinyatakan mengenai peraturan dalam Islam, solat lima waktu dan segala yang baik mengenai Islam. Namun ketika itu pemahaman saya masih belum jelas dan tiada sesiapa yang boleh dirujuk sehingga tahun lalu saya diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi yang sama selama empat bulan membuatkan saya nekad memeluk Islam.

“Sebaik bergelar saudara baru, saya belajar mengenai Islam di sebuah surau berhampiran rumah di Sepang, Selangor selama enam bulan sebelum ditawarkan ke IDIP,” katanya.

Namun begitu, tindakan Mohd Dylan masih belum diketahui secara jelas oleh ahli keluarganya. Malah, mereka hanya mengetahui hasratnya untuk bertukar agama sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Mohd Dylan menceritakan bahawa sebelum ini dia pernah juga menyuarakan hasratnya kepada ahli keluarga untuk memeluk agama Islam. Malangnya, hasratnya itu ditentang hebat oleh keluarga terutama ibunya sehingga mengugut untuk membunuh diri jika dia masih meneruskan niatnya itu.

“Bagaimanapun, percaturan Allah sudah ditetapkan saya tetap nekad memeluk Islam,”
Mohd Dylan Yap, 24

Mohd Dylan turut menjelaskan bahawa dirinya sudah bertunang dengan seorang gadis dari Klang, Selangor dan pada cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini dia turut pulang ke rumahnya namun layanan yang diterima sangat menyedihkan dan tidak semesra dulu.

Namun dia hanya mendiamkan diri dan masih belum mengaku bahawa sudah memeluk agama Islam kerana risau akan tindakan ibunya.

“Seorang ibu saudara saya, merestui tindakan saya bertukar agama malah menasihati agar memilih wanita yang baik dan berakhlak mulia untuk dijadikan isteri suatu hari nanti. Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Jordan suatu hari nanti dan jika diberi peluang, ingin berkhidmat di mana-mana institusi agama Islam,” tambahnya.

Alhamdulillah. Kami berdoa semoga Mohd Dylan Yap akan terus beristiqamah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga kisah menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: