seismik

"Why You Let Her Convert?” - Uncle Cina Ini Jelaskan Kenapa Sokong Anaknya Peluk Islam

Perkongsian yang telah dibuat oleh Jinghan Naan berkenaan ayahnya wajar dipuji dan dijadikan inspirasi kepada semua.

Cover image via Jinghan Naan

Bagi kebanyakan mualaf, memeluk agama Islam, walaupun indah, mereka selalunya akan mendapat tentangan yang hebat daripada kalangan keluarga lebih-lebih lagi dari kedua-dua orang tua

Bahkan kebanyakan mualaf akan dipandang hina dan dibenci oleh ahli keluarga berikutan keputusan untuk meninggalkan agama asalnya.

Image via Google

Pelbagai cabaran dan tekanan terpaksa dilalui oleh setiap mualaf itu, ada dihentikan pemberian wang perbelanjaan, ada yang dihalau dari rumah dan ada juga ibu bapa yang akan terus mendesak mereka supaya kembali kepada agama asal. 

Bukan itu sahaja, dalam usaha mempertahankan akidah Islam, mereka juga akan berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti masalah perbezaan adat dan budaya, perkahwinan, pembahagian harta pusaka serta hak penjagaan anak dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berlaku kepada seorang wanita yang memilih untuk memeluk agama Islam

Bagi wanita yang dikenali sebagai Jinghan Naan di laman Facebook itu, pilihannya untuk memeluk agama Islam bukanlah ditentang oleh ibu bapanya bahkan mendapat sokongan yang kuat.

Perkongsian yang telah dibuat oleh Jinghan Naan berkenaan ayahnya telah mendapat pujian dan dijadikan inspirasi kepada ramai netizen. Ayahnya bukan hanya menerima keputusannya untuk memilih jalan Islam dengan hati yang terbuka, bahkan menghormati agama yang dipilih anaknya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Minggu lalu, ayah saya bertanya sama ada saya boleh mendapatkannya sesuatu daripada Carousell. Saya berjaya mendapatkan benda itu dan berikannya alamat untuk pick-up.

Apabila dia sampai, penjual itu yang merupakan seorang lelaki Melayu keliru kerana dia menjangkakan bapa saya seorang Melayu.

"Huh? Awak Cina? Saya fikir awak Melayu! "
"Tidak, itu anak perempuan saya."
"Tetapi anak perempuan awak memakai tudung. Awak Cina Muslim?"
"Anak perempuan saya Cina Muslim. Dia memeluk agama Islam."
(Dia masih keliru antara Muslim dan Islam.)
"Waaa! Kemudian anda membiarkan dia begitu? Tidak menghalangnya?"
"Tidaklah, saya menyokong!"
"Waaa, awak sangat baik, mengapa awak menyokong?"

Ayah saya geli hati semasa berkongsikan perbualan itu kepada saya. Dia bertanya kepada saya, "Mengapa semua orang sangat terkejut apabila mereka tahu saya membenarkan awak peluk agama Islam?"

"Sebab ini sangat jarang berlaku! Kebanyakan ibu bapa tidak membiarkannya. Sebenarnya, kenapa ayah benarkan saya peluk agama Islam?"

"Kerana ayah faham kehidupan.
Kerana ayah faham erti mencari kebahagiaan.

Apakah erti kehidupan? Untuk mencari kebahagiaan.

Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam mencari kebahagiaan.
Ada yang melalui kekayaan, ada dalam kekeluargaan, ada dalam agama...

Sebagai ibu bapa, apa yang paling kita inginkan? Untuk anak-anak kita bahagia.

Setiap agama mengajar perkara dengan baik.

Sekiranya awak beritahu ayah yang agama ini membuat awak gembira, mengapa sayah harus menghalang awak?"

Kadang-kadang saya rasa ayah saya seorang yang mudah. Namun, begitu mendalam.

Perkara yang dikatakannya sangat masuk akal; ia tidak memerlukan orang untuk berfikir secara terlalu mendalam. Sebenarnya ramai yang mendakwa mempunyai (pemikiran dan) kepercayaan yang sama!

Tetapi apa yang membuatkan ayah saya berbeza adalah bagaimana dia benar-benar maksudkan apa yang diperkatakannya.

Dia tidak terpengaruh dengan apa yang difikirkan masyarakat, apa yang akan difikirkan oleh saudara-saudara kami, bagaimana saya tidak boleh lagi makan BBQ kegemarannya bersamanya. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan saya.

Syukur, Alhamdulillah.

Semoga keluarga Jinghan Naan dikurniakan taufik dan hidayah dan sentiasa dalam istiqamah dengan apa yang dilakukannya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Gadis ini juga baru sahaja memeluk agama Islam akhir tahun lepas:

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: