Majlis Perkahwinan Di Gereja Dengan ‘Bridesmaids’ Muslimah Ini Undang Kagum Ramai Orang

Pasangan pengantin berasal dari negeri Sarawak manakala barisan pengapit pula kebanyakannya dari Semenanjung Malaysia.

Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan agama yang mana masing-masing mempunyai adat resam perkahwinan yang berbeza

Upacara majlis perkahwinan sering mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia.

Ini kerana di sebalik keramaian yang penuh warna-warni itu, upacara majlis perkahwinan sesebuah kaum itu akan turut diraikan oleh kaum yang lain yang mana sekali gus melambangkan perpaduan kaum serta keharmonian masyarakat di Malaysia.

Terbaru, viral perkongsian sebuah majlis perkahwinan pasangan beragama Kristian yang diadakan di dalam gereja.

Yang menjadikan majlis itu menarik adalah barisan pengapit pengantin perempuan yang terdiri daripada hijabistas

Menerusi perkongsian Ariffin Husaini di laman Facebook itu, pasangan pengantin tersebut berasal dari Sarawak manakala rakan-rakannya pula kebanyakannya dari Semenanjung Malaysia. 

Ariffin yang merupakan jurugambar rasmi merasakan bahawa majlis tersebut bukan sahaja rare dan unik bahkan turut kagum kerana meskipun berbeza bangsa dan agama, namun ianya tidak menghalang rakan-rakan pengantin untuk turut hadir memeriahkan suasana perkahwinan tersebut.

Lagi gambar-gambar menarik daripada majlis tersebut

Semoga pasangan pengantin bahagia hingga ke akhir hayat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment