"Lepas 7 Tahun Menunggu, Akhirnya!" - Kisah Gadis Peluk Islam Kerana Mimpi Yang Dialaminya
Mimpi yang dialami olehnya ini, seolah-seolah memberikan satu petanda untuk dia berhijrah.
Sebagai seorang muslim, memang tidak dapat dinafikan perasaan gembira apabila menerima saudara baru yang memeluk agama Islam
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, sesiapa yang memeluk agama Islam, dosanya yang lalu akan diampunkan ibarat bayi yang baru lahir.
Hidayah untuk memeluk agama Islam itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang hadir secara lancar dan tenang malah ada juga yang hadir dengan pelbagai cabaran yang berliku-liku.
Namun begitu, disebabkan keyakinan yang tinggi kepada Yang Maha Esa dan juga pada diri sendiri, sebarang halangan pasti dapat diatasi.
Baru-baru ini, seorang gadis telah berkongsikan kisah penghijrahannya kepada agama Islam menerusi laman Twitter
Gadis itu yang menggunakan nama pena @neythrose dalam laman Twitter sebenarnya sudah berkeinginan untuk memeluk agama Islam sejak 7 tahun yang lalu, akhirnya tercapai.
Dia yang telah mendapat sokongan ahli keluarganya dalam penghijrahannya itu turut meluahkan rasa gembira kepada dirinya sendiri di samping mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berada disisi sepanjang perjalannya dalam memeluk Islam.
Disebabkan penularan tweet tersebut, gadis itu telah ditanya oleh para netizen tentang mengapa dia memilih untuk memeluk agama Islam
Dalam mimpinya itu, dia didatangi seorang wanita lengkap bertelekung berserta senaskhah Al-Quran duduk diatas sejadah
Mimpi yang dialami olehnya ini, seolah-seolah memberikan satu petanda untuk dia berhijrah