Pernah Fikir Kenapa Pengemis Asyik Tidur? Bukan Kerana Mereka Malas Tapi Ini Sebabnya...
Terdapat dalil-dalil yang menceritakan perihal tidur dan mengantuk ini tentera Allah.
Tidur merupakan salah satu cara untuk seseorang itu merehatkan tubuh badannya
Hal ini telah dikhabarkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya yang suci:
Menurut Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini, tidur itu adalah memutuskan pergerakan bagi tujuan merehatkan diri daripada banyak bergerak dan berjalan pada urusan kehidupan bagi menempuh waktu siang. (Tafir Ibn Kathir, 307/8).
Selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti yang menjadikan badan dan otak kita menjadi lemah dan penat, kita harus tidur sebagai cara untuk rehatkan diri kita. Namun perasankah kita bahawa pengemis-pengemis sering tidur sama ada di kaki lima mahupun di lorong terpencil, tidak kira pagi, petang mahupun malam.
Seorang pengguna Facebook, Afnan Rosli telah membuat satu perkongsian perihal tidur dan mengantuk yang dikatakan merupakan tentera Allah SWT. Bahkan terdapat juga dalil-dalil yang menceritakan tentang perkara ini.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Tadi lepas pos artworks client, mata saya tertangkap sosok tubuh kurus kering keletihan sedang tidur di kaki lima depan pejabat pos.
Bila tengok beliau tidur dengan nyenyaknya tengah-tengah panas terik tepi jalan yang bising dan sesak ni, saya teringat zaman-zaman saya merempat tidur menumpang masjid dan wakaf taman dulu.
Pernah tak terfikir kenapa pengemis asyik tidur saja?
Bukan mereka pemalas, wallahi, orang-orang ni adalah orang yang paling rajin kalau betul-betul di beri peluang. Tapi di sebalik tidur mereka itu ada satu bebanan yang Teramat Besar tertanggung di jiwa dan fikiran mereka.
Mereka tidur kerana nak rehat dari Dunia Realiti, kerana Dunia mimpi lebih melegakan dari Realiti.
Dulu masa belajar ada sorang kawan saya ni, kerja dia asyik tiduuur je, dari pagi ke petang, dari petang sampai ke pagi. Rupa-rupanya beliau tidur sebab taknak fikirkan masalah Ibu Bapa dia yang bakal Bercerai. Dan nasib adik-adik beliau yang masih kecil.
Masa saya merempat dulu pernah saya jumpa pakcik yang asyik tidur jee. Bila di tanya, dia jawab, dia tidur sebab lapar. Maka bila terlalu lapar dia akan tidur dengan harapan masa akan berlalu tanpa dia rasa sangat. Bila dah malam biasanya akan ada makanan di masjid. Maka bolehlah alas perut sikit.
Ada orang tidur sebab rindu. Rindukan orang yang dicintai. Tak boleh nak contact. Maka dia tidur moga-moga kekasih dia datang dalam mimpi dan berbicara. Dapatlah melepaskan rindu.
Bila saya kaji balik, rupanya banyak dalil-dalil yang menceritakan perihal tidur dan mengantuk ini tentera Allah.
Antaranya:
1. PERANG BADAR.
Waktu perang Badar umat Islam keluar bukan untuk berperang sebenarnya. Jadinya kelengkapan senjata yang mereka bawa tu bukan untuk berperang pun. Tambah pula bilangan umat Islam Jauh terlalu sedikit di bandingkan dengan Tentera Kafir yang lengkap bersenjata memang dah bersedia untuk perang.
Maka malam sebelum perang tu, tentera Islam masing-masing ada rasa keresahan dan takut. Mereka pun manusia biasa juga kan. Jadi Allah nak tenteramkan hati mereka, Allah hantar mengantuk. Semua umat Islam jadi mengantuk dan tidur dengan nyenyaknya. Kecuali Nabi kita yang Bersolat dan Berdoa hingga Subuh.
2. ASHABUL KAHFI.
Sama juga peristiwa 7 Pemuda Ashabul Kahfi yang lari ke dalam gua demi menyelamatkan iman Mereka. Allah hantarkan tentera Tidur untuk selamatkan pemuda ni. Hingga mereka tertidur bertahun-tahun.
3. CUBAAN MEMBUNUH RASULULLAH.
Begitu juga peristiwa ketika Nabi nak keluar berhijrah ke Madinah. Orang kafir dah kepung seluruh rumah Nabi. Bersedia untuk bunuh Nabi. Allah hantar tentera mengantuk hingga tertidur semua Pahlawan Kafir yang nak bunuh nabi.
Banyak lagi kisah-kisah Tentera tidur Allah ni. Maka lepas ni kalau nampak pengemis ke, orang gila ke tidur tepi jalan, jangan terus Judge.
Kalau di siasat betul-betul saya pasti! MESTI akan jumpa satu tragedi atau bebanan besar yang mereka sedang tanggung. Cuma Mimpi itu satu-satunya tempat mereka mampu pergi untuk rehatkan jiwa seketika.
Waktu saya kena Depression beberapa bulan haritu pun saya tidur je pagi ke petang, petang ke pagi. Kerana beban itu tak tertanggung dek akal waras kita.
Moga anda dapat sesuatu.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist