seismik

"Ajal Dalam Tidur" - Ini 4 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Tidur Walau Sesibuk Mana Pun Kita

Jangan sesekali tidur sebelum sempat lakukan empat perkara penting ini.

Cover image via Google

Setelah seharian bekerja dan menyelesaikan urusan di luar, pastinya kita akan berasa letih dan perlukan rehat yang secukupnya untuk melalui hari berikutnya.

Namun, ada perkara yang mungkin membuatkan kita terlepas pandang kerana terlalu sibuk.

Image via KLIA2

Urusan duniawi tidak akan pernah habis. Manusia akan terus bekerja dan mencari rezeki untuk diri sendiri dan juga keluarga. Pernahkah kita terfikir tentang perkara wajib yang perlu kita lakukan dalam kehidupan seharian, namun sering terlupa?

Seperti perkongsian oleh seorang lelaki di laman Twitter, beliau telah mengingatkan semua umat Islam agar tidak pernah lupa dengan empat perkara penting ini sebelum masuk tidur di waktu malam, sekiranya ajal datang menjemput.

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

Ini merupakan empat perkara penting yang perlu kita laksanakan sebelum tidur dan juga cara untuk kita lakukannya dalam masa yang singkat:

1. Menurut sabda Rasulullah untuk perkara yang pertama, kita perlu membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Ianya seolah-olah kita mengkhatamkan Al-Quran.

2. Untuk melaksanakan perkara yang kedua pula, kita harus berselawat ke atas Nabi untuk mendapatkan syafa'at di hari Kiamat kelak

3. Untuk perkara yang ketiga pula, kita perlu beristighfar. Maka para mukminin akan meredhai kita.

4. Yang terakhir sekali, kita perlu memperbanyak bertasbih, bertahmid, bertahlil dan juga bertakbir. Maka ianya seolah-olah kita telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah.

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Terbaiklah teknik doa ini!

Bagi yang masih menghantar anak ke tempat pengasuh, boleh amalkan selawat ringkas ini:

More stories to read: