Kenapa Kita Boleh Mati Bila Tidur Dalam Kereta Dengan 'Aircond' Terpasang?

Hati-hati semua!

Tidur dalam kereta memang syok!

Kereta bukan sahaja kenderaan yang kita gunakan untuk perjalanan dari point A ke point B. Ia adalah tempat untuk kita menikmati muzik, berehat, bersenang-senang dan kadang-kadang tidur.

Dengan aircond yang sejuk terpasang, ditemani dengan kesunyian dan jauh daripada bunyi bising di luar, suasana dalam kereta sememangnya ideal untuk kita mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak.

Tapi, tahu tak sebenarnya yang kita boleh mati?

Ya, kita boleh mati dalam masa kurang daripada sejam!

Siapa-siapa yang mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kematian dalam kereta kita sendiri iaitu:

1. Masalah kebocoran ekzos

Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika kita sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.

2. Peningkatan karbon monoksida

Pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

3. Penurunan paras oksigen dalam darah

Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).

4. Kalau tingkap dibuka?

Image via cartoq.com

Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

5. Kalau masa memandu boleh pula? Kenapa?

Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Doktor telah menasihati pemandu untuk tidur di dalam kereta apabila keadaan kecemasan SAHAJA

Image via hdnux.com

Dan walaupun kita terjaga, kita sepatutnya berehat dengan keluar daripada kereta ketika memandu untuk jangka masa yang lama.

Aircond yang berfungsi dengan baik juga penting untuk perjalanan yang selamat. Dinasihatkan supaya pemilik kereta memeriksa aircond setiap enam bulan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Semalam, dua remaja ditemui mati ketika sedang tidur dalam kereta di Sabah:

Leave a comment