Dua Remaja Maut Kerana Tidur Dalam Kereta Berhawa Dingin Tanpa Buka Tingkap
Kalau ajal sudah menjemput.
Disangka tidur, dua remaja yang ditemui dalam sebuah kereta ini sebenarnya sudah kehilangan nyawa akibat lemas
Semalam, dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi di Kinabatangan, Sabah.
Kedua-dua mangsa ditemui penduduk dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk hadapan jam 11.40 pagi.
Ketika anggota polis tiba, enjin kereta masih hidup
Bagaimanapun, cubaan mengejutkan kedua-dua mangsa gagal apabila mereka langsung tidak memberikan sebarang tindak balas.
Sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan setelah usaha mereka membuka pintu gagal, khidmat Bomba dan Penyelamat Kinabatangan ditagih.
Setelah pintu berjaya dibuka, kedua-dua mereka didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kinabatangan
Siasatan awal mengesahkan identity kedua-dua remaja tersebut sebagai Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, kedua-duanya berusia 19 tahun.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat, dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Sementara itu, seorang pakar kenderaan memberitahu, kedua-dua mangsa berkemungkinan maut disebabkan kurangnya oksigen
Nasihatnya kepada pengguna kenderaan, jika mahu tidur, cermin kenderaan perlulah mempunyai ruang udara dan jangan ditutup rapat.
“Jika kenderaan tidak bergerak, oksigen akan berputar di dalam kenderaan dan akan berkurang selepas disedut oleh kita sewaktu tidur. Apabila oksigen kurang, dan kita tidak sedar, ia akan menyebabkan ia semakin menipis dan membawa maut,” tambahnya lagi.