seismik

[TERKINI] Mayat Remaja 15 Tahun Yang Lemas Ditemui 800 Meter Dari Lokasi Kejadian

Mayat remaja 17 tahun itu ditemui oleh pihak bomba pada jam 5:45 petang tadi.

Cover image via Sinar Harian

Mayat remaja yang terjatuh dan lemas dalam lombong di Taman Putra Perdana kini dikatakan telah berjaya ditemui sekitar jam 5:45 petang tadi

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ilham Fahmy telah ditemui beberapa meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Menurut laporan, mangsa ditemui ketika anggota bomba sedang membuat penilaian di lokasi itu untuk membawa anjing pengesan sebelum mayat remaja terbabit telah ditemui terapung di kawasan berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Pihak bomba dikatakan telah menerima panggil daripada orang awam yang memaklumkan tentang kejadian itu.

"Saya bersyukur anak saya ditemui. Walaupun sedih, saya lega jasadnya dalam keadaan baik," kata bapa arwah Fahmy iaitu Mohammad Azzam Naim, 46.

Muhammad Azzam juga turut berterima kasih kepada kesemua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamatkan anaknya.

Beliau juga berkata, “Jenazah anak saya akan dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Sebaik selesai, kami merancang untuk mengebumikan jenazah malam ini juga di Taman Putra Perdana. Semua urusan pengkebumian sedang dijalankan."

Pelbagai kaedah digunakan bagi mengesan lokasi mangsa sejak petang semalam. Akhirnya ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh dalam keadaan memakai seluar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz berkata, “Mangsa ditemui ketika anggota bomba sedang membuat penilaian di lokasi itu untuk membawa anjing pengesan sebelum mayat remaja terbabit ditemui terapung di kawasan berkenaan.”

Beliau juga menambah bahawa pelbagai jenis kaedah telah digunakan oleh pasukan penyelamat ketika misi mencari itu. Termasuklah khidmat penyelam, pencarian di permukaan dan unit anjing pengesan (K9) serta pam air.

Image via Google

Selain itu, sebaik mayat ditemui, anggota bomba mengangkat mayat mangsa menggunakan bot. Sebelum dihantar ke Hospital Serdang, mayat mangsa telah dikesan oleh bapanya sendiri.

Kes ini juga telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: