seismik

3 Tips Mudah Ini Mampu Bantu Bayi Tidur Lena & Tak Lagi Ganggu Tidur Malam Ibu Bapa. Yes!

Tips ini diperolah dari Consultant Paediatric dari Salam Hospital Shah Alam.

Cover image via Zuriat.my

Melangkah ke alam keibubapaan merupakan sesuatu yang diinginkan dan dinantikan oleh semua pasangan yang telah mendirikan rumahtangga

Image via 9 Bulan 10 Hari

Manakan tidak, setiap pasangan suami isteri pasti tidak sabar akan kehadiran si cilik manja yang sudah semestinya akan menceriakan serta memeriahkan lagi institusi kekeluargaan.

Gelagat si manja yang apabila semakin membesar semakin banyak akalnya serta makin lasak dan makin ligat akan menjadi memori indah dalam ingatan dan hati setiap ibu bapa.

Namun begitu, membesarkan seorang bayi turut ada pasang surutnya khususnya buat pasangan ibu bapa yang akan atau baru sahaja melangkah ke alam keibubapaan dan tidak mempunyai pengalaman sendiri.

Ibu bapa baru pasti kerap kali mendengar cerita daripada ibu bapa lain tentang keperitan terpaksa bangun tengah malam akibat terdengar suara bayi menangis. Tidur yang sebelum ini lena akan terganggu dengan kehadiran anak kecil.

Image via Huff Post

Walau bagaimanapun, usah khuatir kerana setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya

Ibu bapa lebih-lebih lagi yang baru pertama kali menyambut bayi ini perlu bersedia dan rajinkan diri untuk mencari dan membaca tips dari pakar kanak-kanak.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Ahmad Syakir Amran telah berkongsikan satu tips untuk lenakan tidur malam bayi. Tips tersebut telah mendapat perkongsian sebanyak 15 ribu dan menerima pelbagai reaksi dari golongan ibu bapa yang lain.

Baca perkongsiannya di bawah:

Kawan-kawan yang baru dapat baby atau bakal mendapat baby, korang boleh cuba tips ini. InshaAllah berkesan dan tidur malam korang juga tidak akan terganggu.

1. Sebelum tidur malam, tukar pampers baby siap-siap, bagi dia selesa.

2. Lebihkan 1oz susu sebelum tidur. Contoh kalau selalunya baby minum 3oz, buat 4oz sebelum tidur.

3. Kalau baby bangun menangis malam, biarkan dulu dia menangis 5-10 minit, baru bagi susu. Jangan biasakan bila menangis terus bagi susu sebab nak tukar mind set baby. Yang ini agak perit sikit tetapi kena kental. Tengok macam kesian, tetapi cuba dulu untuk tempoh seminggu.

Alhamdulillah dari umur Raiesya 1 bulan sampailah sekarang dia tak pernah bangun malam.

Tips ini saya belajar dari Consultant Paediatric Dr. Tan Eng Kian dari Salam Hospital Shah Alam masa saya check up anak saya, Raiesya. Apa-apa hal, korang boleh rujuk dengan beliau yang banyak lagi tips berguna, yang anda boleh pelajari dari dia.

Okay, good luck!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Tiada lagi masalah tidur terganggu!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca sini untuk tips-tips melahirkan bayi:

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: