seismik

Tak Nak Bersalin Normal? Doktor Kongsi Padah Bersalin Secara 'C-Section' Pada Bakal Ibu!

Berikut adalah beberapa komplikasi yang mungkin dialami para ibu yang melahirkan anak secara caesarean.

Cover image via Your Pregnancy Doctor

Zaman kini ramai bakal ibu-ibu yang memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan atas alasan-alasan tertentu

Image via Ya Forum

Antara alasan-alasan yang kerap didengari adalah bakal ibu ini khuatir akan kesakitan yang bakal dialami sekiranya bersalin secara normal. Di samping itu ada juga yang memilih untuk bersalin melalui kaedah caesarean kerana ingin memilih tarikh lahir untuk anaknya.

Lagi alasan yang kerap kita dengar adalah bakal ibu-ibu ini ingin mengekalkan bentuk faraj mereka yang dikhuatiri akan 'longgar' sekiranya bersalin secara normal.

Namun ramai yang tak sedar bahawa pembedahan yang dijalankan itu seharusnya dilakukan hanya atas pertimbangan kukuh daripada doktor yang terlibat.

Baru-baru ini seorang doktor telah berkongsikan beberapa komplikasi yang boleh dialami bakal ibu-ibu yang memilih untuk melahirkan anak dengan kaedah caesaraen

Perkongsian Dr. Muhammad Izzat bin Abdul Razak yang merupakan pelatih pakar bahagian Obstetrik dan Ginekologi di Pusat Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu mendapat hambir 3 ribu retweets

Beliau juga merupakan salah satu kurator MedTweetMy, sebuah laman pertanyaan perihal kesihatan dan perubatan di saluran Twitter, dan salah seorang penulis kolum bagi The Malaysian Medical Gazette.

Baca perkongsian beliau di bawah:

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Berikut adalah komplikasi yang boleh dialami bakal ibu terbabit:

1. Kesakitan

2. Jangkitan kuman

4. Perlekatan organ dalaman

5. Pembiusan

Lain-lain komplikasi:

Kata-kata akhir dari Dr. Izzat perihal perkara ini

Baik melahirkan anak secara normal mahupun caesarean, kedua-duanya ada pros and cons tersendiri.

Adalah penting bagi kedua bakal ibu bapa untuk menyiapkan diri secara mental dan fizikal bagi memastikan proses kelahiran berjalan dengan lancar!

Image via Bigmir

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini Dr. Izzat pernah berkongsikan tips bersalin secara normal dengan tenang

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: