"Setepek Kena Majnun" - Dua Gadis Borak Sakan Guna Bahasa Berlainan Bikin Netizen Terhibur
Majnun maksudnya gila.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Berbahasa asing selain daripada bahasa ibunda sudah tentu sesuatu yang boleh dibanggakan
Ada yang boleh bertutur 3 hingga 4 bahasa asing. Majoriti rakyat di Malaysia mempunyai kemahiran berbahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Tamil dan lain-lain lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila dua orang gadis berborak dalam bahasa berlainan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Masing-masing sakan berborak dalam bahasa Arab dan Mandarin
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang gadis sedang berborak antara satu sama lain di dalam bilik mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka berdua berborak dalam bahasa berlainan. Salah seorang menggunakan bahasa Arab untuk bercakap. Seorangnya lagi menggunakan bahasa Mandarin.
Pada akhir video, gadis yang menggunakan bahasa Arab itu kelihatan bengang lalu menjerit 'hey majnun' membuatkan situasi itu menjadi kelakar.
Image via @flamingos1411 (TikTok)
"Dulu selalu kena dengan ustazah bila tak hafal hafazan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 253K tontonan, 44K tanda suka dan 325 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua orang gadis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @flamingos1411 (TikTok)
Image via @flamingos1411 (TikTok)
Image via @flamingos1411 (TikTok)
Image via @flamingos1411 (TikTok)
Seronok and best tengok orang lain cakap bahasa asing ni! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment