seismik

"Amboi Perangai" - Budak Lelaki Curi Makan Lauk Ibu Bawah Tudung Saji Undang Tawa Netizen

Lapar sangat tu dik.

Cover image via @emiribrahim07 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memilik anak kecil di rumah pasti sesuatu perkara yang menggembirakan bagi para ibu bapa

Iyalah, anak-anak kecil di rumah sudah tentu menjadikan suasana rumah itu riang dan riuh. Kadangkala telatah mereka yang panjang akal memang membuatkan ibu bapa rasa geram.

Sama seperti video yang tular ini di TikTok apabila gelagat seorang budak lelaki kantoi makan di bawah tudung saji telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Pandai 'curi makan' sambal sotong ibu bawah tudung saji

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk atas kerusi yang berada di ruangan dapur.

Apa yang lebih melucukan adalah dia dilihat memasukkan kepalanya ke dalam tudung saji dan mengambil lauk yang dimasak ibunya.

Si ibu juga sempat merakam gelagatnya yang lucu itu sambil mencedok kuah sambal sotong lalu memasukkan ke dalam mulutnya.

"Dia ingat dah selamat dah tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 206K tontonan, 3K tanda suka dan 300 komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat nakal si kecil itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi dik, selera betul makan sambal sotong tu. Sorok sikit dik! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik