"Kecil-Kecil Dah Power" - Budak Perempuan Selamba Surfing Atas Laut Buat Netizen Kagum
"Hebatlah adik" - Netizen
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti permainan air seperti surfing sedikit sebanyak telah menarik perhatian ramai
Sehinggakan ada yang mendaftar kelas surfing untuk melakukan aktiviti air itu. Tidak dinafikan surfing memerlukan skil yang hebat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan melakukan surfing telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru berusia 5 tahun, tapi dah pandai surfing atas laut
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang berada di atas laut bersama ayahnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak perempuan itu dilihat sangat mahir dalam surfing. Ayahnya dilihat memberi sokongan yang penuh kepada anaknya itu.
"Jangan takut, ayah ada", katanya.
"Ayat paling power untuk anak perempuan adalah jangan takut, ayah ada" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 677K tontonan, 64K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dan teruja melihat keberanian budak perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: