x

seismik

"Panik" - Sekumpulan Lelaki Lari Lintang-Pukang Dikejar Anjing Di Kawasan Ternakan Ikan

Orang dah kata jangan lari!

Cover image via @epoi_silver (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, memang semua orang mempunyai rasa takut atau gerun terhadap haiwan tertentu

Terutamanya kalau haiwan itu kelihatan liar, seperti anjing. Bak kata orang, kalau jumpa anjing jangan sesekali lari kerana ia akan mengejar anda.

Namun begitu, baru-baru ini tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan remaja dikejar anjing di kawasan ternakan ikan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@epoi_silver

Jumpa anjing senyum Jumpa anjing lari Org tua² dh ckp jumpa anjing jgn lari Izinkan sy post vd ni @ikhmalalif01 #viral #foryou#foryoupage #fyp

bunyi asal - S∆!ful_⁸⁵_ - S∆!ful_⁸⁵_

Selamba berlari dengan sengaja nak kenakan kawan-kawan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang berjalan di kawasan ternakan ikan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang daripadanya dilihat berlari dengan sengaja untuk kenakan kawan-kawannya. 

Lebih melucukan lagi apabila sekumpulan anjing itu mengejar semua orang yang berada di kawasan itu. Mereka dilihat berlari lintang-pukang sehingga menaiki bot. 

"Bayangkan tengah lari tu tergelincir" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1.2M tontonan, 115K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat sekumpulan lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Laa, punca betul lah baju kuning tu. Tak pasal-pasal semua kena kejar anjing sampai naik bot :'D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: