Ini 6 Tanda Yang Mungkin Menyebabkan Anda Mengalami Depresi Tanpa Disedari
Masalah depresi ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Lebih-lebih lagi jika dialami tanpa disedari oleh diri sendiri.
Penyakit depresi atau kemurungan telah menjadi satu istilah yang sebati dalam kalangan masyarakat ketika ini. Namun, tiada siapa yang tahu kesengsaraan di sebalik penyakit itu jika tidak pernah mengalaminya.
Mungkin ramai juga yang mengganggap bahawa depresi itu sememangnya sama sahaja dengan stress. Tidak sama sekali.
Ini kerana penyakit mental merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang lalu mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Image via Google
Tambahan pula, seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental seperti ini selalunya tidak akan tampil mendapatkan bantuan disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya stigma sosial dan kepercayaan terhadap sesuatu pegangan.
Kami menyediakan beberapa senarai tanda-tanda seseorang telah diserang penyakit depresi tanpa disedari. Lihat senarai penuh di bawah:
1. Anda akan sentiasa berada dalam keadaan tiada mood dan susah untuk ceria
Image via Hello Sehat
Antara tanda-tanda yang sangat senang dilihat adalah jika individu tersebut kerap marah, sering senyap, enggan berbual, atau selalu ingin bersendirian. Malahan, mereka langsung tidak mahu untuk berbuat apa-apa.
Kebiasaannya orang-orang yang tertekan tidak mahu diberikan pertolongan oleh sesiapa sahaja. Namun sebenarnya mereka amat memerlukan sokongan dan kata-kata semangat dari orang yang terdekat.
2. Anda akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian pada sesuatu perkara
Image via Money Smart
Sukar untuk fokus adalah salah satu tanda anda mengalami depresi. Nampak seperti remeh namun sebenarnya merupakan simpton yang tidak dapat anda sedari.
Contohnya ketika anda disuruh untuk melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi anda mengalami masa yang sukar untuk fokus dan memahami arahan yang diberikan, walaupun tugas itu mudah.
3. Anda akan mengalami penurunan atau kenaikan berat badan secara dramatik tanpa disedari
Image via Hello Sehat
Penyakit depresi ini juga mempengaruhi diet anda.
Jika anda mempunyai masalah seperti sentiasa lapar dan juga sentiasa kenyang, segeralah rujuk kepada pakar.
Mungkin ada yang langsung tidak suka makan jika mereka mempunyai masalah, namun ada juga yang sangat suka makan ketika mereka berada dalam keadaan seperti ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk segera mendapatkan bantuan sebelum ianya berlarutan dan menjejaskan kesihatan anda.
4. Anda bakal mengalami gangguan tidur serta tabiat makan yang tidak normal
Image via Hello Sehat
Simptom lain depresi adalah anda bakal mengalami penyakit seperti Insomnia di mana anda akan mendapat kesukaran untuk tidur. Mungkin juga kerana anda terlalu banyak berfikir sehinggakan susah untuk melelapkan mata.
Selain itu, selera makan anda juga akan menjadi tidak normal. Contohnya hilang selera makan atau sentiasa berasa lapar. Cara pengambilan makanan harian yang dilakukan memang tidak sihat.
5. Sering memikirkan soal hidup dan mati
Image via BangBiw
Individu yang mengalami depresi selalunya akan kerap berfikir tentang soal hidup dan mati dari masa ke semasa. Mereka juga akan mempersoalkan tujuan hidup dan berhadapan dengan kematian.
Sehinggakan ada yang kerap kali cuba untuk membunuh diri kerana terlalu banyak berfikir. Jika anda mempunyai rakan atau ahli keluarga yang pernah berperasaan seperti ini, jangan teragak-agak untuk hubungi pakar.
Jangan biarkan mereka keseorangan.
6. Pandai menyembunyikan cerita atau masalah yang dihadapi
Image via positionu4college.wordpress.com
Kebolehan menipu dan berbohong untuk golongan yang mengalami masalah depresi akan menjadi semulajadi dan mudah untuk mereka.
Contohnya jika terdapat lebam atau luka di bahagian badan, mereka sudah tahu apa yang akan mereka jawab supaya ahli keluarga tidak risau.
Walaupun jiwa mereka sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan, mereka secara tidak langsung akan berbohong mengenai apa jua yang melanda diri mereka. Cara ini juga digunakan untuk meringankan beban yang akan ditanggung oleh rakan atau ahli keluarga mereka.
Suicide is never the solution.
Jika anda mengenali rakan/ahli keluarga yang mempunyai masalah seperti ini, segera hubungi talian hotline di bawah:
1. ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM) - TELENITA
Address: 85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: +603-7877 0224 | Website
2. BEFRIENDERS
Address: 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya, Selangor.
Contact: +603-7956 8144 | +603-7956 8145 | sam@befrienders.org.my | Website
3. DBKL TELECOUNSELLING
Address: Tingkat 1, Menara DBKL, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.
Contact: 1800-88-2600 | 03-26179905
4. TALIAN NUR
Contact: 15999 | taliannur@kpwkm.gov.my
5. WOMEN'S AID ORGANISATION (WAO)
Contact: +03-7956 3488 |womensaidorg@gmail.com | Website
Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih mendalam mengenai sebab kenapa anda perlu bercakap tentang masalah mental secara umum:
Baca perkongsian lain mengenai depresi hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment