Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Shuib Sedia Lepaskan Jawatan Jadi Duta KK Mart - "Apa Yang Berlaku Itu Sangat Keji"

Sebagai rekod, Shuib dilantik menjadi duta KK Mart sejak empat tahu lalu dan baru memperbaharui kontrak.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang tertera di stoking dijual secara terbuka di beberapa buah kedai serbaneka, KK Mart dan hangat diperkatakan sekarang

Dalam perkembangan terbaru, pelawak Shuib mengakui tidak teragak-agak akan melepaskan tanggungjawabnya sebagai Duta KK Mart jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah.

Memetik laporan Berita Harian, Shuib menyatakan sebagai umat Islam, dia mengeji penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' dan menganggap ia tidak sepatutnya berlaku.

"Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau memang tiada rezeki saya, maka tiadalah. Kalau ada rezeki saya, adalah.

"Tetapi macam mana pun, saya tetap kena letak pendirian bahawa saya adalah seorang Islam," katanya.

Shuib (kiri) bersama Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai pada empat tahun lalu ketika diumum sebagai duta KK Mart.

Image via KK SUPER MART (Facebook)

Dilantik Duta KK Mart sejak empat tahun lalu dan baru memperbaharui kontrak

"Apa yang berlaku itu sangat keji . Sebagai umat Islam, saya sangat terkesan dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam perniagaan atau apa juga situasi.

"Kita akan marah kerana isu kalimah Allah ini sangat besar,"
ujarnya.

Meskipun menggalas tugas sebagai Duta KK Mart, namun, ia bukan alasan untuk Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, bersikap neutral berhubung kontroversi itu.

Image via KK SUPER MART (Facebook)

Jelas Shuib lagi, dia perlu menunggu hingga siasatan selesai sebelum membuat tindakan lanjut berhubung kontrak sebagai duta.

"Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.

"Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan. Jadi, saya tidak boleh hendak ulas lanjut kerana ini melibatkan perniagaan dan sensitiviti masyarakat.

"Saya akan berdiri sebagai seorang umat Islam di mana apabila perkara itu tidak betul, salah, dan melanggar peraturan, saya tidak akan sokong," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment