"Tular Pelekat Tapak Kaki Kalimah Allah & Nabi Muhammad Adalah Video Lama 2019" - MR DIY
Tindakan segera telah diambil ketika itu untuk menarik balik produk berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kumpulan MR DIY (M) Berhad (MR DIY) tampil menjelaskan penjualan pelekat berbentuk tapak kaki tertera kalimah Allah dan Nabi Muhammad yang tular di premis mereka sudah ditarik sejak Februari 2019 lagi
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook rasminya baru-baru ini, MR DIY memberitahu video yang tular itu adalah video lama yang disiarkan pada 2019.
"Apabila perkara itu dibawa ke perhatian kami pada ketika itu, tindakan segera diambil untuk menarik balik produk berkenaan dari premis kami. Barangan itu telah juga dihapuskan dengan secara baik.
"Produk itu dilupuskan secara mulia dan tertib pada bulan sama selepas rundingan diadakan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," kata kenyataan itu.
MR DIY beri jaminan bahawa produk itu tidak lagi dijual di mana-mana cawangan seluruh negara
Sebagai rekod, tular di media sosial rakaman menunjukkan pelekat berbentuk tapak kaki mempunyai kalimah Allah dan Nabi Muhammad.
Ia susulan penjualan stoking dengan kalimah Allah di KK Mart sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!