seismik

Walaupun Banyak Taman, Putrajaya Miliki Penduduk Paling Ramai Obesiti & Malas Bersukan

Kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) juga antara tertinggi dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cover image via I Love Putrajaya Sightseeing (Facebook) & Tourism Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, masalah kegemukan atau obesiti merupakan antara penyakit kronik yang serius dan semakin meningkat khususnya di Malaysia

Berdasarkan, kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) terkini menunjukkan separuh dari kalangan dewasa di Malaysia memiliki berat badan berlebihan iaitu 30% ada BMI overweight (BMI 25- 29) manakala 20% ada BMI melebihi 30.

Dalam pada itu, menerusi pendedahan terbaharu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, beliau memberitahu Putrajaya merekodkan kadar obesiti tertinggi, kolesterol tinggi dan kurang aktiviti fizikal di Malaysia.

Dr Zaliha menggariskan penemuan ini dalam catatannya di Facebook, menekankan keperluan untuk menangani cabaran berkenaan.

Perkenalkan model CHASE City, yang mana salah satunya adalah Healthy City atau Bandar Sihat

Menurut laporan, Dr Zaliha berkata, statistik sama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mencatatkan kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) adalah yang tertinggi dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Justeru katanya, badan-badan sukan penting sebagai agen untuk membentuk masyarakat yang sihat dan aktif, selain berperanan sebagai pentadbir dan pendorong kepada prestasi atlet.

"Hal ini sebenarnya agak membimbangkan dan perlu ada intervensi daripada semua pihak termasuk peranan proaktif yang perlu dimainkan badan sukan yang kita ada ini," katanya.

Tambahnya lagi, badan sukan ini disarankan untuk menganjur dan menyokong program sukan yang dapat meningkatkan gaya hidup aktif dan penyakit tidak berjangkit bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

"Pihak kami akan cuba sedaya upaya menyediakan ruang dan fasiliti yang terbaik untuk pembangunan aspek sukan khususnya dalam usaha untuk mewujudkan bandar sihat,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

Image via Tourism Malaysia (Facebook)

Untuk menangani kebimbangan kesihatan yang mendesak di Putrajaya, Kementerian pada Hari Wilayah Persekutuan memperkenalkan model “CHASE City”, dengan “Bandar Sihat” menjadi salah satu visi utamanya.

Pelaksanaan model ini dijadualkan untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, termasuk Putrajaya.

Inisiatif ini menandakan satu langkah strategik ke arah mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan dalam perancangan dan pembangunan bandar.

Tambahan pula, Kerajaan Persekutuan melancarkan inisiatif “Putrajaya Sihat Sejahtera menjelang 2030”.

Inisiatif ini, yang dibincangkan semasa Mesyuarat Kabinet baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertujuan untuk menangani jurang kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan di Putrajaya menjelang tahun 2030.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: